Realtime website trackingweb stats

Tak payah bimbang lapar sebab tak makan nasi, cuba 3 idea menu makan malam yang sihat ini

Oleh FATIN AQILAH

Ada yang bimbang lapar waktu malam tetapi tidak mahu makan nasi. Jika rasa buntu mahu makan apa, boleh cuba idea menu makan malam yang sihat ini.

Semua menu yang dikongsikan Norbaya Dahalan ini sedap-sedap belaka dan semestinya berkhasiat:

1. WRAP TELUR CHEESE

Tak payah bimbang lapar sebab tak makan nasi, cuba 3 idea menu makan malam yang sihat ini

Bahan-bahan:

  • Sekeping wholemeal wrap
  • 2 biji telur
  • Mushroom seasoning
  • Chili flakes
  • 2 keping cheddar cheese

Cara-cara:

1. Pukul telur bersama sedikit sahaja mushroom seasoning dan chili flakes. Ketepikan.

2. Panaskan pan, tuang adunan telur tadi. Kemudian terus tampah wrap ke atas telur.

3. Tunggu bahagian bawah telur mengeras, kemudian terbalikkan.

4. Susun cheese atas telur dan tunggu wrap sehingga sedikit garing.

5. Lipat dan siap untuk dihidangkan.

2. OMELETTE THAI

Tak payah bimbang lapar sebab tak makan nasi, cuba 3 idea menu makan malam yang sihat ini

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Cili merah hiris
  • Separuh sudu tepung jagung
  • Kicap sotong
  • Serbuk perasa
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Daun Thai basil
  • Udang yang sudah dikopek
  • Tauge

Cara-cara:

1. Campurkan dan kacau telur bersama semua bahan kecuali udang dan tauge.

2. Panaskan minyak, masukkan adunan telur. Susun udang atas telur tadi.

3. Tunggu lapisan bawang telur garing, kemudian baru terbalikkan.

4. Bila kedua-dua bahagian sudah masak, boleh angkat dan tapis minyak.

5. Letak dalam pinggan dan taburkan tauge serta daun ketumbar.

6. Siap dicicah bersama sos Thai atau prik nampla.

3. CROISSANT TUNA

Tak payah bimbang lapar sebab tak makan nasi, cuba 3 idea menu makan malam yang sihat ini

Bahan-bahan:

  • Crossaint
  • Butter
  • Tuna in water
  • Cili api
  • Sedikit mayonis
  • Bawang merah hiris nipis
  • Serbuk black pepper
  • Garam
  • Tomato
  • Lettuce

Cara-cara:

1. Belah tengah croissant dan sapukan buter.

2. Dalam satu mangkuk, masukkan tuna, bawang merah, black pepper, mayonis, cili api dan garam.

3. Masukkan lettuce dan tomato ke dalam croissant.

4. Letakkan inti tuna tadi, siap.

Baca:

Biadab ‘membuang’ tepi jalan, lagi kes warga negara maju lepas hajat merata

‘Duit boleh dicari tapi cinta yang ikhlas payah’ – Rupanya ini sebab Fafau menangis

Biar nampak tak hipster tapi terbukti sedap dan segar, cubalah buat sendiri jus timun campur selasih