Pelakon, Hafidz Roshdi dengan bangganya berkongsi bahawa dia mencari rezeki dengan menjadi penghantar barang.
Baginya, ini bukanlah sesuatu yang memalukan atau menjatuhkan martabatnya sebagai seorang artis.
Bagi Hafidz, selagi pekerjaan itu halal dan membantu dia mendapat rezeki, dia bersedia untuk menjalankannya tanpa rasa malu, walaupun pendapatannya tidak sebanyak sewaktu dia berlakon.
Tambah Hafidz, dia masih mendapat tawaran kerja sebagai pelakon tetapi dia masih belum bersedia menerimanya kerana alasan-alasan tertentu.
“Saya tak memilih asalkan rezeki halal, tak ada apa yang nak dimalukan daripada tak buat apa-apa langsung.”
“Saya rasa seperti budak baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang nak mulakan hidup.”
Selain daripada itu, pelakon ini juga tak ambil peduli kalau ada orang yang cakap yang apa yang jadi ni macam hukuman baginya.
Kata Hafidz, dia tidak rasa tertekan pun, malah dia gembira dengan pekerjaan baru dia yang kurang tekanan macam berlakon.
“Biasalah turun naik hidup, saya gembira dan tiada rasa tertekan. Tak perlu rasa simpati pada saya kerana saya okay sahaja. Alhamdulillah, isteri juga sangat menyokong.”
“Isteri kenal saya sejak dulu sebelum saya ada apa-apa. Dia tak kisah mengenai kerjaya saya asalkan halal.”
Baca:
Umur 40 tahun dah kaya tak perlu kerja, ustaz ini kongsi rahsia seorang jutawan di Pulau Pinang