Tak lengkap Ramadan tanpa amalan sahur tetapi ada orang tidak mahu mengambil makanan berat.
Minum pati kurma dicampur bersama susu mungkin hidangan paling ringkas tetapi amat berkhasiat dan memberi tenaga buat anda.
Buah kurma ya bukan masak kurma kaya dengan tenaga dan mempunyai pelbagai nutrien, vitamin dan mineral penting untuk tubuh.
Bayangkan, tiga biji makanan sunnah ini boleh membekalkan 80 kalori, kalsium (15 miligram), fosforus (16 gram), potassium (140 miligram) dan antioksidan.
Mari cuba gunakan resipi hasil perkongsian dari Fa Phong ini:
RESEPI PATI KURMA UNTUK SAHUR
Bahan-bahan yang diperlukan:
Kurma
Cara-cara:
1. Asingkan biji kurma dan ambil isi sahaja.
2. Kemudian, kukus isi kurma tadi selama 20 minit.
3. Apabila sudah siap kukus, kisar isi kurma dalam food processor sehingga menjadi pes. Jangan campur air supaya pes tahan lebih lama.
4. Masukkan pes ke dalam botol dan simpan dalam peti ais.
5. Apabila mahu diguna, ambil 1 sudu pati kurma dan campur dengan 1 cawan susu segar.
6. Kacau sebati dan sedia untuk diminum. Selamat mencuba!
Sumber: Fa Phong
Baca:
Pasang CCTV cepat denda siapa yang buang sampah, keadaan teruk Sungai Klang tak patut dibiar
Tak perlu minyak! Proses masak ikan singgang tidak renyah jika ikut cara ini
Seteguk ‘ginger shot’ setiap pagi dapat jaga dalaman, ini cara mudah DIY di rumah