Ada orang suka makan ayam pencen atau ayam tua tetapi kalau tak kena cara masaknya mahu runtuh gigi dibuatnya.
Jadi, kenalah lembutkan daging ayam tua agar masakan yang dihidangkan nanti dapat dinikmati dengan senang hati.
Boleh cuba mana-mana 9 petua berikut seperti yang dikongsikan menerusi Facebook Kuali Berasap ini:
1. Lada hitam dan halia:
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus.
Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.
2. Tempurung kelapa:
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
3. Tebu:
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
4. Biji selasih:
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
5. Daun pisang abu:
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.
6. Air kelapa:
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.
7. Pangkal daun nenas:
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.
8. Buah nanas:
Kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.
9. Buah betik muda:
Rebus ayam tua tersebut dgn buah betik muda.
Selamat mencuba.
Baca:
Khairul Aming bukan usahawan berjaya pun, pendapat lelaki ini mengejutkan
Selepas tiga bulan bercerai dengan Mawar, akhirnya adik kepada cef selebriti ini buka mulut
Jenis – jenis ikan untuk kesuburan, sesuai bantu wanita hamil