‘Wabak’ ramai generasi Z malas belajar dan hanyut suka main ‘game’ sehingga tidak ingin memasuki pendidikan tidak formal amat membimbangkan.
Seorang ibu yang juga berkerja di bahagian sumber manusia di sebuah syarikat terkejut semasa menemuduga seorang calon pekerja.
Jawapan demi jawapan remaja perempuan berkenaan membuatkan beliau sehingga beristighfar di dalam hati.
Ikuti perkongsian dan nasihat Mardiana Mat Ishak ini yang mendapat sambutan dalam kelangan pembaca dengan sudah meraih lebih 1,000 tanda ‘like’:
Baru-baru ini, datang seorang intern interview.
Perempuan. Kita tanya sepatah, dia jawab sepatah. Jenuh HR pusing tanya olah ayat macam-macam nak bagi dia cakap.
Saya belek-belek isi dalam fail. Markah hampir kesemuanya C,D,E,F (UPSR-PT3-SPM). Simpati.
Saya terbayangkan anak saya dan anak orang depan mata saya ni. Fikiran dan perasaan saya bercampur baur.
Sajalah saya tanya soalan, “Dapat markah macam ni best tak?”. Tersengeh-sengeh dia.
Saya: Emm.. Rasa-rasa sebab apa dapat markah macam ni?
I: Saya tak suka belajar.
Terkejut sekejap. Telan air liur. Istighfar dalam hati.
S: Hmm… Siapa awak lagi 5 tahun?
I: Tak tahu. (angkat bahu)
Saya: Ok.. Boleh saya tahu, kenapa awak tak suka belajar, ya?
I: Hmm sebab… Saya tak suka fikir.
Allah.. Bertambah terkejut!
S: Oh ok.. Habis tu, kalau awak tak suka belajar, tak suka fikir, awak suka buat apa? Apa awak suka buat bila masa lapang? Hobi ka…
I: Saya suka main GAME.
Allah.. Lagi bertambah level terkejut saya. Kalau budak lelaki boleh tahan lagilah. Ni budak perempuan.
S: Hmm.. Apa yang bestnya game tu ?(apa tah nama game ni. Tak ingat saya). Cuba share sikit.
I: Main game ni dia bagi kita pengalaman main kat luar. Pergi sana sini. (lebih kuranglah ayat dia)
Dalam hati saya: Allah dik.. Lebih baik adik pergi main betul-betul di luar rumah, daripada “main di luar” di depan skrin di rumah.
S: Nanti nak kerja apa? Nak cari duit macam mana?
I: Nak buat video, buat duit di Youtube / TikTok.
(Dalam hati: Sudah… pakat nak jadi Youtubers, Tiktokers pulak dah ni. Depan mata aku ni, biasa dok dengar ja.
Hmm tapi mungkin juga ada potensi budak ni. Mungkin dia kurang dalam akademik tapi pandai kat teknologi atau media sosial atau YouTube dan TikTok ni)
S: Oh, awak pandai Youtube, Tiktok ke? Boleh tengok kejap?
Tengok-tengok… (Dalam hati, Allah… semuanya tentang game. Impian dia nak ada meja kerusi gamers.. Followers tak seberapa.
Adalah dalam puluh-puluh macam tu, sejak 2020 dia kata masa PKP mula buat. Takpa, kita doakan dia berjaya suatu hari nanti, insya-Allah)
Hr: Kalau nak intern kat sini. Kita ada aktiviti untuk sentiasa belajar. Dengar video, Dr share, kena tulis LP.. awak ok tak?
S: Hmm betul.. Nak tanya.. Awak nak atau taknak?
I: Taknak.
Bila Hr terangkan lagi sekali, tiba-tiba dia kata nak pulak. Mungkin baru terfikir sebab nak dapat tempat intern. Mohon untuk intern, mak yang tolong carikan.
Akhirnya, kami putuskan tak ambil. Tak nak ambil risiko sakit kepala urus budak intern, kerja tak seberapa, elaun dibayar, tapi ada masa main game masa waktu pejabat kalau dari pengalaman sebelum ini.
Disebabkan kemungkinan besar ini kali terakhir saya bertemu dia, saya hanya mampu berikan sedikit nasihat untuk dia. Simpati dan kasihan.
Sebab nampak kesan main game tu, memang cara dia macam blur-blur. Tak kisah kita introvert. Orang yang suka bekerja depan skrin memang biasanya pendiam.
Nasihat saya:
Fikir baik-baik. Awak perempuan, nanti akan berkahwin, ada anak. Takkan hidup awak nanti hanya main game je? (adalah lagi saya cakap kat dia..)
—
Jangan salah faham posting saya ni. Bukan niat untuk kita merendah-rendahkan mana-mana individu yang markahnya gred C,D,E,F.
(Sebab saya pun pernah ja dapat markah macam tu dulu. Saya pun masih ada anak-anak yang masih bersekolah.
(Juga sama. Kita tak tahu pun masa depan mereka macam mana. Semoga Allah pelihara dan tanam dan suburkan cinta ilmu kepada anak generasi kita semua, Amiin)
Saya tak kisah untuk orang yang tidak mahu sambung belajar secara formal ke peringkat seterusnya.
Tetapi bila kita tanya suka belajar tak (sebab belajar ni tak formal pun boleh belajar).
Jawapannya TIDAK, jadi, susahlah sikit. Hidup ni, yang penting SENTIASA NAK BELAJAR (sama ada formal atau tidak formal).
Saya harap kita semua, yang ada sedikit kesedaran tentang isu ini, dapat buat sesuatu dengan kapasiti kita yang ada. Dengan usaha yang boleh kita buat bersama.
Selama ni kita hanya mendengar cerita / isu di akhbar tentang isu budak-budak tidak minat belajar.
Beginilah:
1. Kalau kita tak nak dan tak suka belajar, kita jangan hasut orang lain juga jangan belajar.
Janganlah kita highlightkan berbangga “Saya tak de SPM”, “Saya SPM pun GAGAL” tapi saya masih boleh berjaya. “SPM tak penting”, “Takpe dik..SPM bukan segalanya”, “SPM je cukup”.. Betul, kejayaan tu luas.
Tetapi kalau dengan mudah dari awal kita terus bagi konklusi dan tanam wording ni kepada mereka, “Mindset tu dah tertanam dalam kepala dia yang menyebabkan dia tidak minat dan tak mahu bersungguh untuk belajar”. Kasihan mereka.
2. Kepandaian ilmu semua orang tidak sama. Sangat betul. Tetapi cuba bayangkan, budak yang ada potensi untuk pergi jauh dengan belajar melalui ilmu formal, tetapi disebabkan dia terpengaruh dengan dunia luar yang mengatakan belajar itu tidak penting, dan dia berhenti belajar?
Kalau yang ilmu formal pun tidak dapat (mungkin dengan ilmu formal sekurang-kurangnya boleh bantu dia sesuatu pada masa depan) dan yang lapangan pun tidak dapat? Macam mana?
Sekurang-kurangnya dapat sampai pada tahap tertentu, kemudian buatlah ikut minat dan buat terbaik. Insya-Allah.
3) Dato’ Aliff Syukri, dia sendiri sebut, “walaupun saya ni tak pandai, SPM pun gagal, tapi saya nak anak-anak belajar”.
Walhal, kalau fikir logik, dah kaya raya, buat apa nak bagi anak belajar lagi.
Bisnes sudahlah.. Tapi tak, dia tetap hantar anak untuk belajar dan pada masa yang sama melatih anak untuk bisnes.
Apa yang saya ingin tegaskan dalam posting ni:
1. Tak nafikan ilmu tu tak boleh dilihat hanya pada pendidikan formal sahaja. Konsep ilmu itu sangat luas.
2. Tanpa dinafikan kepandaian setiap orang berbeza-beza. Bukan hanya tunggu skor A baru dikira pandai.
Disebalik markah A, sebenarnya bukan dilihat pada skor atau “pandai” .
Namun, disebalik markah itu ada “anak kunci” kepada DISIPLIN, KESUNGGUHAN & KERAJINAN.
Markah itu menunjukkan seseorang yang ada TARGET DAN MATLAMAT HIDUP (Walaupun dia sendiri tidak yakin dan pasti).
Nilai ini sangat penting dalam hidup orang yang berjaya. Sikap ini sangat penting.
3. Cuba lihat apa aktiviti di rumah atau di luar rumah bagi sesetengah pelajar yang tidak skor (ini untuk mereka yang kata belajar itu tak penting dan tak nak belajar)? – Merempit, hisap rokok, buat perkara tak elok, ada isu disiplin dan sebagainya. Na’uzubillahiminzalik. (Point ni, bukan pada yang dah bagi effort tapi tak skor)
4. Saya bukan kaunselor, bukan pakar kekeluargaan atau psikologi.
Namun, saya hanyalah sebagai ibu yang melihat sebenarnya, ada baiknya konsep peperiksaan UPSR, PMR, PT3 itu semua.
Markah tu sedikit sebanyak ada ukuran dia. Walaupun pada dasarnya ibarat “belajar untuk skor” sahaja di peringkat awalnya.
Sekurang-kurangnya, mereka ada PUSH FACTOR dan setkan matlamat untuk gerakkan diri untuk capai sesuatu.
Budak-budak ini tidak nampak masa depan mereka. Kita pun tidak tahu.
Paling tidak, mereka ada effort buat sehabis baik. Bukanlah bermaksud dengan PAKSAAN, BEBANAN DAN TEKANAN BERLEBIHAN.
5. Ada betulnya juga “paksa” anak untuk belajar.
“Paksa di sini bukan paksa yang sampai tojoh, pukul, luku kepala anak dan sampai menangis-nangis kena paksa belajar. Tetapi paksaan di sini adalah “Disiplin”.
Timbulkan minat dan bagi galakan. Bagi panduan. Ajar untuk mereka berfikir baik buruk juga kesan akan datang dan sebagainya.
Sentiasa bercakap untuk berikan kesedaran. Bagi ada ilmu formal, ilmu tak formal, bagi kemahiran kehidupan. Insya-Allah.
6. Apabila difikirkan kembali, syukur, mak ayah saya dulu suruh saya belajar. Hantar tuisyen. Beli buku-buku latihan untuk buat.
Walaupun saya bukanlah budak scorer. Markah ada corot juga. Alhamdulillah, asbab proses yang dilalui itu, kesannya dapat saya rasai sekarang.
7. Tak pernah rasa menyesal atau rugi belajar. Saya bersyukur dengan journey yang Allah bagi, boleh belajar sampai peringkat tertinggi dalam formal education dan menguruskan syarikat sendiri, menyumbang kepada masyarakat.
Alhamdulillah. Bukan berbangga diri-Na’uzubillahiminzalik.
8. Ada yang kata sambung belajar tinggi-tinggi, scorer pun menganggur. Jangan lupa, ada yang setakat UPSR, PMR, SPM, pun menganggur. Bukan pada sijil. Ia berbalik kepada sikap.
9. Ilmu ni sangat luas. Belajar ilmu formal sampai peringkat tertinggi takkan pernah rugi. Untung rugi pada definisi sendiri. Ada skill kehidupan + ilmu formal + ilmu tak formal memberi value tersendiri.
10 .Saya jumpa ramai pemilik bisnes yang dulunya tak nak sambung belajar, rasa cukup sahaja setakat SPM, baru sekarang terfikir untuk sambung belajar.
Biasa yang saya jumpa, orang yang tak nak sambung belajar tu dia kata sebab “Malas dah…z’ Baru sekarang nampak ada keperluan tu.
Untuk pengetahuan anda, dalam sejumlah syarikat besar, company yang ada nilai tersendiri untuk listing dsb, untuk sampai ke level top management, BOD, ada gaji besar, mereka sebenarnya ada high education.
Cuba cari sendiri. Ada “kredit” untuk naik pangkat atau gaji (lihat juga pada jenis pekerjaan/company)
Cukup-cukuplah berbangga dengan, “A students work for C students”, “Mana budak target, dah jadi CEO?”.
Siapa kata majikan tak cari juga pekerja yang ada pendidikan? Kerja kerajaan pun perlu tahap pendidikan.
Bukan setakat pengalaman sahaja dah cukup. Education dan pengalaman menjadikan seseorang itu berbeza.
Apa kata kita ubah, A students work with A+B+C students?
Nak dunia dengan ilmu. Nak akhirat dengan ilmu. Nak dua-dua, dengan ilmu. Jangan pernah berhenti belajar.
Lagi tinggi belajar, lagi banyak kita tak tahu.
Tepuk dada, tanya iman.
Semoga Allah pelihara anak-anak generasi kita semua dari kejahilan. Semoga mereka berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Baca:
Nak hilangkan batu karang, apa kata cuba 3 petua dikongsi doktor ini
Mungkir janji! Noh hilang hak penjagaan anak selepas cerai, Mizz Nina rasa dikhianati
Influencer anak bekas pegawai tentera udara dikritik buat content bahaya