Realtime website trackingweb stats

Tak elok biar ‘unta’ hadiri Maulidur Rasul, ini 6 sebab mengapa sekolah mesti hentikan trend merepek

Oleh FATIN AQILAH

Perarakan Maulidur Rasul di sekolah-sekolah tahun ini menyaksikan ada guru boleh biar anak murid mereka jadi ‘unta’.

Dahulu, elok sahaja kain rentang yang dibawa semasa perarakan sebagai antara terjemahan umat Islam di negara ini dalam memuliakan Rasulullah SAW.

Namun, trend merepek sekarang yang membawa ‘unta’ walaupun mungkin dianggap tidak ada apa oleh sesetengah pihak tetapi mudaratnya lebih banyak daripada manfaat.

Kehadiran murid yang terpaksa berjalan di bawah selubung kain di tengah panas itu semasa perarakan Maulidur Rasul sebenarnya adalah melampau meskipun nampak macam kreatif.

Berikut 6 sebab mengapa sekolah khususnya mulai tahun depan cukuplah hentikan trend merepek biar murid jadi ‘unta’ semasa perarakan Maulidur Rasul:

Tak elok biar 'unta' hadiri Maulidur Rasul, ini 6 sebab mengapa sekolah mesti hentikan trend merepek

1. Semangat perarakan Maulidur Rasul adalah untuk menghayati dan menjiwai cinta terhadap Junjungan Nabi Muhammad SAW bukannya menormalisasikan anak-anak untuk jadi Arab ‘celup’.

2. Elak prejudis dan sinis masyarakat bukan Islam. Tidaklah mereka menjauhi agama Islam kerana salah faham menyangkakan masuk Islam mesti berbudaya Arab ketika orang Arab di benua Arab pun bukan semuanya Muslim.

3. Pelihara mental dan psikologi murid untuk jangka panjang. Tidak mustahil mereka yang tampil berselubung menampilkan ‘kaki unta’ itu cenderung dipanggil unta oleh rakan-rakan di sekolah.

4. Minimumkan pembaziran wang dan tenaga. Sebelum ini, perarakan Maulidur Rasul hanya menampilkan peserta yang berpakaian sama, kini kos sudah bertambah untuk kostum dan replika menyerupai ‘unta’.

5. Hindari ‘salah guna’ Islam termasuk peralatan solat. Ada ‘unta’ yang diletakkan sejadah di tengah-tengahnya iaitu antara dua kepala murid yang berselubung menyerupai bonggol unta itu. Padahal, itu bukan kegunaan sebenar sejadah!

Malah, kalau dibiar tidak mustahil perbarisan Maulidur Rasul akan datang muncul pula jelmaan buraq yang merupakan tunggangan Nabi Muhammad semasa perjalanan Israk Baginda dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa. Tak mustahil boleh terjadi, ‘kan?!

6. Dah muncul istilah baharu – “walaunta” iaitu gabungan “walaun” yang bermaksud taasub dengan parti Pas. Gejala walaunta ini jika pihak kerajaan biar tidaklah baik untuk jangka panjang. Kasihan kalau di bangku sekolah lagi dah jadi walaunta.

Baca:

Dah buang gedik, peminat mahu pula Kak Lina Pom Pom kembali, imej santun Elly M tetap menghiburkan

Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar

Pelik peniaga gerai ini, tak mahu tauge pula kena caj, pelanggan anggap tak masuk akal