Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu bahawa memakai sarung tangan getah berwarna kuning bukanlah pilihan yang tepat untuk pengendalian makanan.
Sebaliknya, ia lebih sesuai untuk digunakan untuk mencuci.
“Sarung tangan jenis nitril (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.
“Bagi mengelakkan pencemaran silang, sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” katanya menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) pada Rabu.
KKM mengatakan hal ini semasa mengulas video viral yang menunjukkan seorang peniaga menggunakan sarung tangan getah berwarna kuning semasa membuat makanan untuk dijual di bazar Ramadan di Ipoh, Perak.
KKM juga mengumumkan bahawa mereka menyediakan Sijil Gred Makanan untuk bahan yang bersentuhan dengan makanan termasuk sarung tangan.
“Pihak industri boleh memaparkan logo persijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan,” katanya.
Baca :
Jangan cepat menghukum! Dr Say beri luah pendapat isu ibu kelar anak
Suami Fatin Afeefa dah lama ‘cuci kaki’ dari dunia Forex
Ruhainies ‘suka’ hantaran ibu Aliff Aziz curi tumpuan mak cik bawang