Realtime website trackingweb stats

Tahan hingga berbulan-bulan, ini tips untuk simpan bunga kantan

Oleh NUR KASIH

Adalah menjadi kebiasaan yang berulang apabila kita ingin memasak dengan menggunakan ramuan bunga kantan, iaitu, pada masa itu, stoknya selalu habis di pasaran.

Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk menyimpan bekalan bunga kantan ini terutamanya semasa musim perayaan.

Agar bekalan bunga kantan tidak terputus, disarankan apabila kita menemui bunga kantan yang segar dijual, kita sebaiknya membelinya dalam kuantiti yang banyak dan kemudian membekukannya.

Bersihkan bunga kantan dengan air kemudian belah.

Sediakan plastik, boleh guna plastik aiskrim kemudian isikan dengan air.

Tahan hingga berbulan-bulan, ini tips untuk simpan bunga kantan

Masukkan bunga dan letak dalam bahagian sejuk beku.

Bunga kantan yang telah dibekukan ini dikatakan dapat disimpan untuk tempoh berbulan-bulan.

Apabila ingin digunakan dalam proses memasak, anda boleh memasukkannya terus kerana bunga kantan ini telahpun disucikan.

Selamat mencuba!

Kredit: Badariah Ayu Ayuariff

Baca:

Di mana Rafah dan kenapa rejim Zionis sasar kubu terakhir perlindungan rakyat Palestin?

“Kenapa nak persoal orang taknak tolong?” – Ramai ‘kepanasan’ isu #Blockout2024, kini Aqasha pula bersuara

‘Ada-ada sahaja negara jiran kita, benda ni pun nak salahkan Malaysia, tak boleh ke bersaing secara sihat?’