Realtime website trackingweb stats

Suka bersedekah, bayarkan senyap-senyap di kedai mamak – Amalan baik arwah ini jadi sebutan

Oleh ABDULLAH HAMID

Allahyarham Jaafar Onn rupanya disebut-sebut sebagai artis yang kuat bersedekah termasuk suka bayarkan senyap-senyap di kedai makan.

Amalan baik itu jadi sebutan orang ramai yang pernah berhubung atau bersemuka dengan arwah.

“Jaafar Onn ni orang yang baik. Saya banyak kali juga kerja dengan dia dulu.

Suka bersedekah, bayarkan senyap-senyap di kedai mamak - Amalan baik arwah ini jadi sebutan

“Dia jenis tak ambil hak orang dan suka permudahkan urusan org lain. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT,” kata seorang pengguna YouTube, @saitama6227.

Sementara itu, pemilik akaun YouTube, @delishamikayla3325 yang memanggil aktor itu sebagai ‘Abang Jaafar’ turut mengakui kebaikan Allahyarham.

“Abang Jaafar ni orang baik. Dulu selalu sangat jumpa dia di Gombak kat kedai mamak.

“Asal jumpa, dia je bila kita tegur habis satu meja dia bayar tapi kita tak tahu pun.

“Bila nak bayar, mamak tu cakap dia dah bayar senyap-senyap je.

“Dia tak bagitahu pun. Betullah selalu tengok di media sosial, orang cakap Jaafar Onn ni jenis sedekah tak bagitahu orang. Ikhlas senyap-senyap je,” katanya.

Jaafar Onn meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor, kira-kira jam 11.30 pagi, 3 April.

Pelakon, pelawak dan pengacara veteran berkenaan menghembuskan nafas terakhir pada 23 Ramadan.

Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang yang merosot mempunyai anak angkat, Mohamad Hanif Hashim.

Hanif dilapor berkata, Jaafar ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak 1 April akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.

Sebelum ini, Jaafar mengakui mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Baca:

Ramai yang cuba baju di bazar tapi beli di online, peniaga kecil-kecilan ini kongsi luahan hati

“Orang tua ni kan..” – Individu kongsi gambar balang kuih raya klasik menggamit memori lama, raih perhatian netizen

Kejar 10 malam terakhir Ramadan! Pesanan ustaz ini buat ramai terkedu