Realtime website trackingweb stats

Suhana demam 3 hari gara-gara berpisah dengan Abu – Kambing ‘rosak’ ini siap pakai pampers

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang wanita di Kluang, Johor mengaku diserang demam 3 hari gara-gara terpaksa berpisah dengan Abu – seekor kambing ‘rosak’ yang dibelanya sejak Februari lalu.

Suhana Othman, 41, berkongsi video bersama haiwan peliharaannya itu di TikTok @abubarbados_.

Beliau dan suaminya, Muhamad Zulkarnain Ismail, 42, membela Abu di dalam rumah bersama anak tunggal mereka, Aeisya Qistina, 13.

Abu dimandikan 3 hari sekali manakala hari-hari lain pula dilap dengan tisu basah sahaja.

Kambing biri-biri jantan baka Barbados Black Belly itu juga menggunakan lebih 12 helai ‘pampers’ sehari memandangkan setiap kali penggunaan memerlukan dua keping lampin.

Suhana berkata, Abu asalnya adalah haiwan ternakan bapanya, Othman Karsan, 66.

“Nak dijadikan cerita, ibu Abu mati sehari selepas melahirkannya. Jadi, ayah minta saya ambil (Abu) dan uruskannya kerana dia tiada masa untuk menjaga kambing.

“Menurut ayah, Abu perlu disusukan dan jika tidak mungkin akan mati.

“Banyak kali juga fikir malah sebelum buat keputusan, saya duduk berbincang dulu dengan suami

“Alhamdulillah, suami okay manakala anak pula minta saya ambil Abu untuk tinggal bersama kerana kasihan.

“Jadi, saya bawa pulang ke rumah, cuma misi sebenar saya adalah menyelamatkan nyawanya,” lapor Harian Metro.

Menurut Suhana, jiran sekeliling juga boleh menerima Abu malah tertunggu untuk bermain dengannya.

“Saya pernah pelihara kambing jantan sebelum ini namun hanya bertahan dua hari saja sebelum mati kerana tiada pengalaman menjaga haiwan berkenaan.

“Kini, saya cuba belajar dan kebetulan, Abu jenis yang senyap dan tidak banyak bunyi (tidak kerap mengembek) melainkan jika mahu susu atau dibiarkan sendiri.

“Jadi, Abu tak bawa masalah atau kacau ganggu kerana saya peliharanya pun dalam rumah.

“Boleh dikatakan, Abu mudah dijaga cuma ia masih minum susu dan selain perlu diberi vitamin,”katanya.

Menceritakan karakter Abu, Suhana berkata, ia sangat manja, tidak terlalu aktif dan boleh ‘mendengar kata’.

“Abu punya manja 100 kali lebih lagi daripada empat ekor kucing peliharaan saya.

“Pergi mana pun, Abu nak ikut malah saya dan suami juga anak bergilir-gilir bawa Abu tidur bersama.

“Ketika menonton televisyen pun, Abu ada bersama cuma saya sebenarnya tidak kerap bawanya ke tempat awam.

“Jika ada sekalipun mungkin ke tempat riadah atau naik kereta tetapi tidak dibawa turun bersama ketika makan.

“Sama ada di rumah atau luar, saya akan pakaikannya baju dan lampin bagi mengelakkannya buang najis merata,” katanya.

Selagi terdaya, Suhana akan menjaga Abu dengan sebaiknya kerana menganggap haiwan itu sebagai amanah daripada bapanya.

Katanya, dia dan suami juga tidak terganggu kerana bekerja sendiri dengan menguruskan perniagaan menjual dan membekal manisan ‘crepe’ pelbagai perisa.

“Selepas kongsi kisah Abu di TikTok, ramai juga hantar kiriman mesej menyatakan hasrat untuk membeli Abu dan tanya adakah saya menjualnya.

“Tak pernah terlintas sampai ke situ memandangkan Abu kepunyaan ayah dan saya hanya bantu peliharanya.

“Lagipun, kami sekeluarga terlalu sayangkan Abu dan akan terus peliharanya walaupun ada juga kecam saya kerana jaga di rumah dan tidak biar Abu bebas di habitat asalnya,” ujar Suhana lagi.

@abubarbados_ asal ko bahagia la abu#journeyabu #kambing #barbadosblackbelly #fyp ♬ original sound – SuhanaOthman82 – Abu 🐐

Baca:

Comel tapi sangat bahaya. Jangan biarkan anak tonton 6 rancangan kartun ini!

Ini resipi rahsia restoran Thailand buat sup siam terlajak sedap tambah berkali-kali

Rupanya ini rahsia nak bagi sotong kekal kenyal dan tak hanyir, baru selera nak makan