Realtime website trackingweb stats

Stress tengok percikan minyak di dinding? Boleh rujuk tips ini elak tumisan cemarkan dapur anda

Oleh ADINDA

Satu masalah yang sering dialami oleh ibu atau suri rumah ketika memasak adalah sambal atau bahan yang terpercik pada dinding.

Melihat percikan merah di dinding atau lantai boleh membuat stres.

Jika percikan tidak dibersihkan segera, ia akan menjadi kering dan sukar untuk dibersihkan.

Stress tengok percikan minyak di dinding? Boleh rujuk tips ini elak tumisan cemarkan dapur anda

Membersihkannya memerlukan kesabaran.

Menurut perkongsian Majalah Sains di Facebook, percikan sambal semasa memasak berlaku kerana bahan-bahan dalam masakan tidak dapat bercampur dengan baik, terutamanya air dan minyak.

Ini bertambah dengan suhu yang tinggi yang akan membuat molekul-molekul dalam masakan bergerak lebih laju.

“Namun yang paling banyak terkesan ialah molekul-molekul air dan minyak kerana kedua-duanya tidak larut bersama.”

“Semakin tinggi suhu, semakin tinggi tenaga kinetik molekul-molekul ini.

Maka, semakin tinggilah daya percikan kerana minyak dan air ingin menjauhi antara satu sama lain,” menurutnya.

Justeru itu, untuk mengelakkan percikan tumisan daripada mengotori dinding, berikut merupakan beberapa tips yang boleh dipraktikkan ketika menumis:

1) Kisar bahan-bahan dengan minyak.

Ini untuk kurangkan air dalam masakan.

2) Kurangkan api untuk kurangkan gerakan molekul dalam masakan.

Sebabnya, semakin panas, molekul-molekul bergerak lebih laju.

3) Pilih kuali yang tidak melekat.

Ini sebab permukaan tidak melekat mengurangkan panas yang disalurkan ke dalam hidangan.

4) Menggunakan periuk yang lebih besar.

Ia lebih logik kerana periuk yang besar boleh menampung lebih banyak percikan.

5) Jika bahan tumisan masih banyak mengandungi air, tumislah bahan-bahan tersebut tanpa minyak dahulu sehingga sebahagian air tersejat, kemudian baru tambahkan minyak dan tumis seperti biasa.

6) Cara paling mudah ialah menggunakan penutup periuk apabila percikan mula terlihat.

Namun, disarankan untuk menggunakan penutup periuk yang mempunyai lubang kecil untuk membiarkan wap air keluar.

7) Menambahkan bahan asid seperti asam jawa, cuka, atau asam keping boleh membuat air dalam masakan cepat meruap, menyebabkan proses ‘pecah minyak’ berlaku lebih pantas.

Tetapi elakkan menambahkan terlalu banyak bahan ini kerana ia boleh mengacaukan keseimbangan rasa sambal.

Baca:

Penyata akaun KWSP ketua keluarga ini buat netizen tergamam, umur masih muda tapi sudah ada 7 angka

Nampak je makan sayur tapi khasiat hilang, ini 5 cara masak sayur yang dapat kekalkan zat

‘Isteri tak nak sarapan sebab simpan perut…’, lelaki ini kongsi menu istimewa guna pinggan bunga kangkung ‘lejen’