Realtime website trackingweb stats

Sperma ‘paling cergas’ dicari, pelajar universiti China boleh dapat lebih RM1,300 derma sperma

Oleh NURAIMAN

Sperma ‘paling cergas’ dicari, pelajar universiti China boleh dapat lebih RM1,300 derma sperma

Bank Sperma Manusia Wilayah Henan di China sedang mencari pelajar universiti dengan jumlah sperma tertinggi dan ‘paling cergas’ dengan menawarkan ganjaran wang tunai sehingga lebih RM1,300.

Lapor portal berita South China Morning Post (SCMP), pelajar di bandar Zhengzhou dijemput untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan itu.

China pada masa ini berdepan dengan masalah penurunan kadar kelahiran.

Terdapat 27 bank sperma di seluruh republik itu yang membantu pasangan gagal hamil atau terkena penyakit keturunan.

Sperma 'paling cergas' dicari, pelajar universiti China boleh dapat lebih RM1,300 derma sperma

Seorang pegawai dari bank sperma itu berkata, pihaknya berharap lebih ramai pelajar universiti akan menderma kerana kualiti sperma mereka lebih baik daripada orang awam.

Inisiatif yang diumumkan pada 10 September lalu itu dilancarkan kerana kebimbangan mengenai kemerosotan kualiti sperma di seluruh negara, yang disebut sebagai antara punca penurunan kadar kelahiran di China.

Peserta pertandingan akan dibayar 200 yuan (RM128) setiap kali mereka menderma sperma.

Mereka diminta menderma antara lapan hingga 20 kali dalam tempoh dua bulan. Peserta yang mencapai 20 kali sumbangan akan menerima wang tambahan sebanyak 2,100 yuan (RM1,348).

Baca:

Terkejut bunyi mercun dinyalakan jiran, bayi meninggal dunia secara tragis, maaf pun dah tak guna

Kastam kantoikan wanita seludup ular berbisa, lipan gergasi, cicak dalam coli dan pakaian dalam

Sekarang baru tahu beza fungsi antara aircond inverter dan bukan inverter, patutlah bil elektrik orang lain jimat