Sinonim dengan ‘Kita terjah’, Nas Ahmad meninggal dunia. Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi insan yang pernah mencorakkan industri ini. Bekas wartawan terkenal program hiburan Melodi, Nas Ahmad, telah disahkan meninggal dunia pada Khamis, jam 9.49 pagi di Hospital Sungai Buloh.
Allahyarham yang nama sebenarnya Md Nasir Ahmad, menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun, selepas dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya akibat masalah kekurangan oksigen.
Dikejarkan ke Hospital, Bergantung Sepenuhnya kepada Oksigen
Berita pemergian beliau disampaikan oleh menantunya, Farhana, yang memaklumkan bahawa arwah dibawa ke hospital pada 30 April dan dimasukkan ke zon merah untuk rawatan rapi.
‘Kita Terjah’ – Legenda Dunia Wartawan Hiburan
Bagi peminat hiburan era 80-an dan 90-an, nama Nas Ahmad bukan asing. Beliau bukan sahaja pernah menjadi wartawan dan penerbit terkenal dalam program Melodi, malah turut mencipta nama sebagai penulis hiburan popular menerusi majalah URTV terbitan Utusan, khususnya menulis kisah-kisah artis dari negeri Johor.
Tagline “Kita Terjah” yang sinonim dengannya pernah menjadi fenomena dan diingati ramai hingga ke hari ini.
Derita Jantung Sejak 2023
Difahamkan, Allahyarham mula menghadapi masalah jantung sejak Januari 2023, yang menyukarkan pergerakannya dan menyebabkan beliau mudah sesak nafas.
Al-Fatihah Buat Arwah Nas Ahmad
Pemergian Nas Ahmad meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang mengenali dan pernah bekerja bersamanya. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
BACA JUGA :
‘Doakan kami kuat’ Anak bongsu Zaquan Adha dan Ayu Raudhah meninggal dunia
Dunia seni kehilangan bintang: Pelakon veteran Roslan Saleh meninggal dunia