Menurut tinjauan yang dijalankan dari 23 Oktober hingga 11 November tahun lalu, sebanyak 86 peratus pekerja di negara ini memilih untuk bekerja di pejabat hanya selama tiga hari seminggu.
Kajian Workmonitor 2024 di Malaysia yang dijalankan oleh Randstad Malaysia melibatkan 517 pekerja, menunjukkan bahawa 39 peratus daripada mereka sedang mempertimbangkan untuk berhenti bekerja jika diminta oleh majikan untuk menghabiskan lebih banyak masa di pejabat.
Menurut tinjauan tersebut, menunjukkan bahawa dua daripada lima penduduk negara ini bersedia untuk berhenti bekerja jika diminta untuk bekerja lebih kerap di pejabat.
“Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.
“Dua daripada lima responden berkata mereka melakukan perubahan hidup seperti berpindah atau mempunyai haiwan peliharaan dan menjangkakan kerja fleksibel diteruskan selepas pandemik,” katanya.
Walau bagaimanapun, kajian tersebut mendapati bahawa respon daripada majikan adalah berbeza, di mana separuh daripada mereka menyatakan bahawa majikan mereka telah melaksanakan polisi kerja wajib lima hari seminggu di pejabat.
“Malah, satu dalam 10 responden berkata majikan mereka tidak mempunyai polisi bekerja secara fleksible,” katanya.
Dalam pada itu, kajian juga mendapati bahawa 52 peratus penduduk Malaysia tidak akan menerima pekerjaan jika syarikat tidak mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kepelbagaian dan ekuiti.
Menurut kajian, kepelbagaian dan kesaksamaan amatlah penting bagi golongan muda kerana hampir 59 peratus daripada Generasi Z dan 54 peratus daripada Golongan Milenium menyatakan bahawa mereka tidak akan menerima tawaran pekerjaan dari syarikat yang tidak proaktif dalam memperbaiki keadaan kepelbagaian dan kesaksamaan.
“Sebanyak 67 peratus rakyat Malaysia menyembunyikan beberapa aspek mengenai diri mereka di tempat kerja yang menjadi pendorong untuk mencari organisasi yang menyediakan persekitaran selamat bagi membolehkan mereka menjadi diri sendiri,” katanya.
Baca:
Anak lelaki pun kena jaga pergaulan mereka,banyak kes HIV dan Aids dalam peringkat umur ini
Penyanyi lagu ‘Seloka Hari Raya’ Hail Amir meninggal dunia
Jenama Omoda tengah ‘letup’, tapi hanya kerana satu masalah ini 600 unit terpaksa dipanggil balik