Realtime website trackingweb stats

Siapa sangka kos musim kemarau dunia hampir sama dengan jumlah hutang Malaysia

Oleh ADINDA

Dunia terpaksa menanggung kos lebih AS$300 bilion (RM1.34 trilion) setiap tahun akibat kemarau,

kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan yang dibentangkan di Riyadh.

Menurut laporan itu, kemarau dijangka menjejaskan 75 peratus populasi dunia menjelang 2050, dipacu oleh ‘kemusnahan alam sekitar oleh manusia’.

Krisis kemarau menyebabkan kerugian mencecah AS$307 bilion (RM1.37 trilion) setahun di seluruh dunia.

Laporan ini dibentangkan sempena sidang 12 hari di Riyadh pada sesi ke-16 Persidangan Semua Pihak (COP16) di bawah Konvensyen PB

Siapa sangka kos musim kemarau dunia hampir sama dengan jumlah hutang Malaysia

Bagi Menangani Pergurunan (UNCCD), yang bertujuan melindungi dan memulihara tanah serta bertindak balas terhadap kemarau ketika dunia berdepan cabaran perubahan iklim.

PBB menggesa pelaburan dalam ‘penyelesaian berdasarkan alam semula jadi’ seperti penanaman semula hutan, pengurusan efisien padang ragut serta pemulihan dan pemuliharaan kawasan legeh untuk mengurangkan kos menyuburkan tanah kontang dan memberi manfaat kepada alam sekitar.

Ditandai kemarau dahsyat di Ecuador, Brazil, Namibia, Malawi dan negara-negara berhampiran Mediterranean yang menyaksikan kebakaran besar serta kekurangan air dan makanan, 2024 berada dalam laluan untuk menjadi tahun paling panas dalam sejarah, menurut UNCCD.

Penulis bersama laporan PBB, Kaveh Madani, menyatakan bahawa kos ekonomi akibat kemarau jauh lebih dahsyat berbanding kerugian pertanian, kerana ia menjejaskan rantaian bekalan, mengurangkan KDNK,

IA menjejaskan kehidupan manusia dan akhirnya, membawa kepada kelaparan, pengangguran, penghijrahan dan cabaran keselamatan manusia jangka panjang.

BACA: Bebas menfitnah punca kad media Harakah ditarik balik