Realtime website trackingweb stats

Siapa sangka dulunya posmen kini pemilik syarikat bas ekspres

Oleh ARIF ABDULLAH

Kesukaran mendapatkan tiket bas ekspres pada harga berpatutan menjadi pemangkin kepada anak kelahiran Bachok, Kelantan

Ahmad Zaim Ghazali, 34, untuk merubah situasi itu. Dengan usaha gigih dan semangat yang tidak pernah luntur,

Bekas penghantar surat ini berjaya merealisasikan impiannya dan kini memiliki syarikat bas ekspres sendiri, Zaim Ekspres.

Ahmad Zaim, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan, berkata pengalaman menggunakan bas ekspres

ketika berulang-alik dari ibu kota ke kampung halamannya memberi ilham untuk membantu pengguna lain.

Siapa sangka dulunya posmen kini pemilik syarikat bas ekspres

“Memang sukar mendapatkan tiket pada harga yang murah, selain masalah kehabisan tiket dan harga yang tidak menentu. Dari situ, saya nekad untuk cuba mengubah keadaan ini,” katanya.

Beliau memulakan usahanya sejak 2012. Selepas tamat latihan amali, Ahmad Zaim berusaha mendapatkan lesen perniagaan bas ekspres namun hanya berjaya pada 2018, selepas pelbagai cubaan.

Bermula Dengan Sebuah Bas Terpakai
Cabaran tidak terhenti pada mendapatkan lesen sahaja, Ahmad Zaim turut menghadapi kesukaran mengumpul modal untuk membeli bas ekspres.

“Saya cuba memohon pinjaman bank tetapi gagal. Akhirnya, saya mengumpul wang sendiri dan berjaya membeli sebuah bas terpakai secara tunai. Pada 2020, perniagaan kami bermula dengan hanya sebuah bas terpakai yang diselenggara dengan baik,” ujarnya.

Namun, pandemik Covid-19 memberikan tamparan hebat apabila perkhidmatan bas ekspres terhenti seketika. Ahmad Zaim tetap berusaha menjaga kelangsungan perniagaannya.

Pada 2022, perniagaan Ahmad Zaim mula mendapat kepercayaan institusi kewangan. Beliau menerima pinjaman RM2.33 juta daripada SME Bank dan RM1 juta daripada Bank Rakyat untuk membeli bas ekspres baharu.

Kini, selepas 11 tahun berkecimpung dalam industri ini, Ahmad Zaim memiliki lapan buah bas ekspres dan terus berkembang.

“Perjalanan untuk berada di tahap ini tidak mudah. Banyak cabaran yang saya lalui, tetapi saya yakin dengan Allah dan terus berusaha. Sokongan keluarga dan rakan-rakan juga menjadi kekuatan saya,” katanya.

Zaim Ekspres kini menawarkan laluan perjalanan dari Klang, Shah Alam, Terminal Bas Selatan, Kota Bharu, dan Rantau Panjang, dengan fokus kepada pelajar universiti dan individu yang sering berulang-alik atas urusan kerja atau perniagaan.

Dengan harga tiket yang berpatutan, Ahmad Zaim merancang untuk melabur RM20 juta bagi menambah lebih banyak bas baharu dalam tempoh dua tahun dan RM50 juta dalam masa lima tahun.

“Kos membeli sebuah bas ekspres baharu lebih RM1 juta, tetapi saya yakin usaha ini dapat memberikan pilihan perkhidmatan bas ekspres berkualiti kepada pengguna pada harga yang mampu milik,” katanya.

Kisah Ahmad Zaim membuktikan bahawa dengan usaha keras dan ketekunan, cabaran boleh diatasi, dan impian boleh direalisasikan.

BACA: Tak perlu beratur untuk dapatkan geran kenderaan yang rosak atau hilang, ini cara guna mesin JPJ