Realtime website trackingweb stats

Siapa kata sajian tradisi sukar disediakan? Jom buat masak lemak pucuk paku ‘simple’

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pucuk paku masak lemak adalah salah satu hidangan tradisional yang sangat menyelerakan dan sedap.

Ia juga sangat mudah disediakan untuk juadah berbuka puasa.

Tidak ada siapa yang mengatakan bahawa hidangan tradisional itu sukar untuk disediakan, sama ada di kampung atau di bandar.

Siapa kata sajian tradisi sukar disediakan? Jom buat masak lemak pucuk paku 'simple'

Bahan-bahan seperti pucuk paku, ulam-ulaman, petai, rebung, santan, daun limau purut, kerisik, asam keping, ikan masin, semuanya boleh didapati dengan mudah di kebanyakan pasar raya.

Berikut adalah resepi dan cara memasak yang dikongsi oleh Zulkifli Mat.

Bahan-Bahan:

• 2 ikat pucuk paku
• Segenggam ikan bilis
• 9 biji cili api – ditumbuk
• 1 cm isi kunyit – ditumbuk
• 2 biji bawang merah – ditumbuk
• 1 batang serai – dipotong halus
• 2 cawan santan pekat
• 1 cawan air
• Garam dan perasa secukup rasa

Cara Memasak:

1. Bersihkan hujung daun pakis dan gunakan hanya daun dan batang yang lembut. Bersihkan ikan bilis dan tumbuk kasar.

2. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk dan serai yang dipotong halus. Tambahkan satu cawan santan pekat dan satu cawan air.

3. Apabila air mendidih, tambahkan lagi satu cawan santan pekat. Jika ingin lebih banyak kuah, tambahkan sedikit air.

4. Gaulkan semua bahan dan rasa dengan garam dan serbuk perasa.

5. Pastikan santan tidak pecah minyak. Gaul secara berterusan.

6. Setelah mendidih sekali lagi, masak sehingga masak sepenuhnya.

Selamat mencuba!

Baca:

Kejam! Rejim zionis rogol, bunuh wanita di depan anak & suami

Jasmine Suraya terpaksa jual kereta tanggung kos pengajian, ini reaksi Menteri Komunikasi

Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian