Realtime website trackingweb stats

Siap cerita hal dalam kain, ‘group’ suami isteri terabai ini jadi ruang jalin hubungan terlarang

Oleh AHMAD ISMAIL

Dua ‘group’ Facebook Isteri Suami Terabai dan Suami Isteri Terabai 2.0 dilihat menjadi ruang golongan yang sudah berkahwin bercerita hal dalam kain.

Kumpulan Facebook yang ditubuhkan sejak 2018 itu juga menyaksikan mereka secara terbuka bercerita tentang pelbagai hal mengaibkan melibatkan pasangan masing-masing.

Hantaran dan luahan yang dikongsikan ahli-ahli dalam kumpulan itu juga termasuklah berkaitan hubungan seks.

Siap cerita hal dalam kain, 'group' suami isteri terabai ini jadi ruang jalin hubungan terlarang

Dalam masa sama, ada juga yang secara terang-terang mencari pasangan sementara atau teman berhibur ketika pasangan mereka berada di luar negeri atas urusan kerja.

Kedua-dua kumpulan Facebook itu masing-masing mempunyai 195,000 dan 107,000 pengikut dalam kalangan individu berkahwin.

Menurut penerangan yang dikongsikan pengendali kumpulan itu, antara fokus utama penubuhan kumpulan tersebut adalah bagi mendengar isi hati para suami atau isteri yang merasakan dirinya terabai oleh pasangan masing-masing.

Kumpulan “untuk yang terabai sahaja. Semoga kebahagiaan milik suami isteri yang terabai” itu juga membuka ruang kepada mereka untuk bertemu dengan rakan-rakan baharu.

Dalam masa sama, pengendali mengingatkan agar pengikut tidak menggunakan bahasa kesat atau kurang sopan.

Pengikut turut dilarang menyebut mana-mana nama individu lain dalam setiap hantaran dibuat.

Rata-rata pengguna media sosial yang lain kurang selesa dengan kewujudan dua kumpulan Facebook terbabit.

Warganet berpendapat platform suami dan isteri itu boleh menjurus kepada hubungan zina serta masalah sosial dalam masyarakat.

“Harap pihak berkuasa dan Kementerian Komunikasi kawal penubuhan kumpulan Facebook yang bukan-bukan seperti ini. Sekat kandungan yang menjurus kepada kerosakan akhlak masyarakat negara.

“Macam-macam, yang ‘join’ pun aku tengok ‘real account’ (pemilik akaun sebenar). Tak malu kah? Siap cerita hal bawah kain kepada umum,” demikian antara pendapat netizen.

Baca:

Pesaing Tesla baharu, BYD seal dijual dengan harga bermula RM179,800

Dengki Arab Saudi catat banyak rekod dunia cecah 160 pengiktirafan, ini anggapan para ‘haters’

Anak memberontak dan menangis nak ‘handphone’, pakar psikologi ini dedah risiko anak jadi hamba gajet