Realtime website trackingweb stats

Shah Rukh Khan kongsi detik paling memalukan dalam hidup, pasrah serah alat sulit untuk dicucuk

Oleh AHMAD ISMAIL

Shah Rukh Khan menceritakan pengalaman beliau dalam menjalani rawatan alternatif bagi mengurangkan masalah kesakitan belakang kronik yang pernah dialaminya.

Beliau berkongsi bahawa salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah apabila beliau menjalani sesi akupuntur yang dilakukan pada bahagian alat sulit atau zakarnya.

Menurut pelakon Bollywood terkenal ini, walaupun sebenarnya beliau disarankan untuk menjalani pembedahan pada bahagian lehernya, namun beliau pada akhirnya memilih untuk mencuba kaedah alternatif.

Pada masa itu, doktor telah memberi amaran bahawa beliau berisiko untuk mengalami kecacatan jika tidak segera menjalani pembedahan.

Dengan rasa bimbang akan risiko pembedahan tersebut, Shah Rukh Khan terus mencari pakar rawatan alternatif yang akhirnya memberikan kesan positif selepas beliau menjalani rawatan tersebut selama setahun.

Beliau menambah bahawa walaupun jarum halus tersebut tidak dicucukkan pada bahagian lehernya, kesakitan yang dialaminya akhirnya berkurangan.

Dalam satu wawancara lain, beliau mengakui bahawa pengalaman rawatan tersebut merupakan satu-satunya pengalaman memalukan dalam hidupnya.

Beliau berseloroh, “Saya fikir mencucukkan puluhan jarum halus pada leher sudah cukup menakutkan, tetapi rupanya ada situasi yang lebih teruk daripada itu,” sambil tertawa.

Baca:

Awas! Malaysia negara ketiga paling banyak petir, ini 4 kes maut dipanah petir

Kad Pengenalan Rosak? Senang sahaja nak tukar, dah tak perlu beratur di kaunter JPN, cepat siap pulak tu

Syarikat penerbangan buat peraturan kena timbang berat badan sebelum berlepas, tak ada terkecuali