Air halia atau ginger shot adalah minuman yang baik untuk diamalkan setiap hari seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Rose.
Beliau menyatakan bahawa air halia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan jerawat di muka tetapi juga membantu menjaga kesihatan luaran dan dalaman.
Jika dibeli di kedai, harganya agak mahal.
Oleh itu, lebih baik membuat sendiri di rumah dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.
Satu bekas seperti ini boleh diminum selama 7 hari berturut-turut.
Untuk memperbaiki rasanya, boleh tambahkan sedikit madu agar tidak terlalu pahit.
Minuman ini sedap diminum panas atau sejuk dan amat mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan:
• Halia
• Kunyit
• Madu
• Asam jawa
• Sedikit air
• Madu – pilihan
*Bahan di atas tidak perlu dimasak dahulu.
Cara untuk menyediakan:
1. Basuh bersih bahan di atas.
2. Selepas itu, tumbuk atau kisar hingga hancur lembut.
Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
Air halia sudah sedia untuk diminum.
Anda boleh menyimpannya dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk.
Apabila nak minum, ambil sedikit sahaja.
Antara kebaikan air halia ini ialah:
– Membantu masalah pencernaan
– Mengurangkan kesakitan
– Meningkatkan sistem imunisasi badan
– Mengurangkan jerawat
– Buang angin dalam badan
– Melancarkan haid
– Menjaga dalaman
– Mengurangkan bacaan gula dalam darah
– Membantu menurunkan berat badan
– Mengurangkan kolesterol
– Melegakan rasa loya
– Bersifat sebagai anti kanser
– Melindungi dan melawan penyakit kronik
Anda boleh mencubanya hari ini.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Rose Baring
Baca:
Beberapa perkhidmatan Maybank akan tergendala pada 9 Mac 2024