Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel yang mensasarkan kediamannya di Tehran
Ibu negara Iran, pada awal pagi Rabu, menurut laporan Agensi Anadolu (AA).
Dalam kenyataan yang dikongsi melalui Telegram, Hamas menyatakan rasa dukacita mereka kepada rakyat Palestin,
Negara-negara Arab, dan umat Islam di seluruh dunia atas kematian syahid Ismail Haniyeh,
ketua kumpulan tersebut yang terkorban dalam serangan Zionis selepas menghadiri majlis pelantikan presiden Iran yang baharu.
Televisyen Iran juga melaporkan kematian Haniyeh dan menyatakan bahawa siasatan mengenai pembunuhan tersebut sedang dijalankan, dengan keputusan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.
Sehingga kini, tiada pengumuman segera mengenai insiden itu dibuat oleh Israel.
BACA: Pelari ‘kaki besi’ buktikan OKU boleh, berjaya sertai lebih 20 marathon