Realtime website trackingweb stats

Seram kena bayar cukai? Ini 3 sebab rakyat Malaysia tak perlu takut dengan LHDN

Oleh ADINDA

Rakyat Malaysia yang masih belum melaksanakan tanggungjawab membayar cukai digalakkan segera tampil secara sukarela.

Walau bagaimanapun, mereka tidak perlu merasa bimbang atau takut terhadap penalti yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Berikut adalah tiga sebab mengapa anda tidak perlu gusar untuk tampil melaksanakan tanggungjawab ini:

1) Penalti Lebih Rendah Jika Tampil Sukarela

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, mereka yang secara sukarela melaporkan pendapatan

Seram kena bayar cukai? Ini 3 sebab rakyat Malaysia tak perlu takut dengan LHDN

atau melunaskan cukai tertunggak akan dikenakan penalti yang jauh lebih rendah berbanding tindakan yang diambil selepas pemeriksaan oleh LHDN.

“Saya ingin menasihatkan mereka yang belum melaporkan pendapatan atau gagal membuat pembayaran, agar segera hadir ke mana-mana pejabat LHDN. Penalti yang dikenakan adalah lebih rendah jika tampil secara sukarela,” jelasnya.

2) ‘YouTuber’ dan Peniaga Dalam Talian Perlu Mendaftar
Golongan yang menjalankan perniagaan atas talian, termasuk ‘YouTuber’, turut digesa mendaftar sebagai pembayar cukai.

Dr. Sabin menjelaskan, kaedah percukaian terhadap golongan ini adalah sama seperti perniagaan tradisional, di mana mereka juga layak menuntut perbelanjaan dan elaun modal yang dibenarkan.

“Kami menyeru para ‘YouTuber’ dan peniaga atas talian untuk segera mendaftar sebagai pembayar cukai. Kaedah percukaian terhadap mereka adalah sama seperti perniagaan tradisional,” katanya.

3) Notis LHDN Kini Lebih Mesra
Kurangnya kesedaran tentang kepentingan membayar cukai dikenal pasti sebagai salah satu sebab rakyat gagal melaksanakan tanggungjawab ini.

Untuk menangani isu ini, Dr. Sabin memaklumkan bahawa LHDN kini mengambil pendekatan lebih mesra dalam memberi notis kepada pembayar cukai.

“Kami telah memperbaharui pendekatan dengan mengeluarkan notis yang lebih mesra, berbanding intonasi surat yang digunakan beberapa tahun lalu,” ujarnya.

LHDN menyediakan pelbagai kemudahan dan peluang bagi mereka yang ingin melaksanakan tanggungjawab membayar cukai. Ambil peluang ini untuk mengelakkan tindakan yang lebih berat pada masa hadapan.

BACA: Ingatkan kedai nasi ayam tauge kedai makan cina, rupanya pemiliknya orang melayu!