Realtime website trackingweb stats

Serabut tahi cicak ditepi tingkap? Sekejap je ‘settle’ kalau ikut cara ini

Oleh ABDULLAH HAMID

Kewujudan cicak dan lipas di dalam rumah bukan sahaja membuatkan para suri merimaskan, malah menjadikan kediaman kotor.

Najis cicak yang melekat di dinding atau lantai jubin sukar dibersihkan.

Tambahan pula, pelbagai cara untuk menghalaunya sering kali tidak berhasil.

Bagi suri rumah yang sering menghadapi masalah ini, teknik pembersihan yang dikongsikan oleh Wawa Fatimah boleh menjadi penyelesaian.

Teknik ini tidak hanya mudah, malah dapat menghalau lipas dan cicak serta menjadikan rumah sentiasa segar.

Serabut tahi cicak ditepi tingkap? Sekejap je 'settle' kalau ikut cara ini

Bahan-bahan:

1 sudu teh cuka

1 tutup pewangi pakaian

1/2 baldi air

Cara menyediakan:

1. Campur kesemua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.

2. Ambil mop leper atau kain dan celup ke dalam baldi tadi.

3. Perah hingga kering air dan lap pada seluruh dinding rumah.

BACA: ‘Order mee tarik, dapat nasi babi’ Rider tersalah hantar makanan tak halal