Realtime website trackingweb stats

Seorang bekas ahli parlimen didakwa terlibat dengan kes gangguan seksual

Oleh ADINDA

Seorang lelaki tempatan yang dipercayai berperanan sebagai pengarah bukan eksekutif di sebuah syarikat badan berkanun

sedang disiasat atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar, dalam kenyataan malam Ahad,

Memaklumkan bahawa lelaki tersebut terlibat dalam kes gangguan seksual yang berlaku di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an pada 6 Ogos lalu

Seorang bekas ahli parlimen didakwa terlibat dengan kes gangguan seksual

, yang mendakwa telah diganggu secara seksual sebanyak dua kali oleh suspek di pasar raya tersebut.

Shahrulnizam menambah bahawa pihaknya juga telah mengesan satu video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial mengenai dakwaan itu pada pukul 2 petang tadi. Siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 507A dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Polis akan merakam keterangan lelaki tersebut untuk membantu siasatan. Individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

BACA: Rupanya bahaya panaskan semula baki nasi, punca keracunan, perkara ini ramai patut tahu