Pokok selom yang daunnya mengandungi banyak khasiat rupanya senang saja ditanam.
Daun selom ini mengandungi kesan antidiabetik, antioksidan, antiradang, selain kesan melindungi hati dan memori.
Ikuti cara-cara menanam pokok selom seperti dikongsikan Cozy Lady ini:
Beli seikat daun selom di pasar.
Ambil pucuk yang batangnya agak besar, potong semua daun dan tinggalkan pucuk sahaja.
Rendam dalam air dan letak dekat kawasan yang masih dapat cahaya tapi bukan secara terus.
Keratan batang sudah keluar akar selepas 3 hari dan sudah sedia untuk ditanam.
Guna pasu yang ada takungan air sebab pokok selom sukakan air.
Guna tanah campur dengan kompos tahi ayam dan kapur pertanian atau dolomite yang dibiar selama seminggu.
Cucukkan keratan batang atas tanah. Letakkan sekam mentah yang sudah ferment sebagai sungkup.
Letak di kawasan redup selama 3 hari dan selepas itu di bawah cahaya matahari.
Petik selepas sebulan.
Selamat mencuba!
@cozylady_malaysia Replying to @نور اللَّه Cara tanam selom dengan keratan batang ulam selom yang dibeli di pasar 😁 Selamat mencuba. #kebunbandar #tanamsayurdirumah #tanamsayursendiridirumah #berkebun #kebunbalkoni ♬ original sound – Cozy Lady: Tips penyusuan
Baca:
Mungkir janji! Noh hilang hak penjagaan anak selepas cerai, Mizz Nina rasa dikhianati
Influencer anak bekas pegawai tentera udara dikritik buat content bahaya
Polis trafik mintak RM100, saman trafik makin efisyen?- Netizen