Realtime website trackingweb stats

Semua ‘rider’ yang berteduh dapat Nescafe tin percuma, orang ramai puji lelaki pemurah ini

Oleh ADINDA

Semua ‘rider’ yang berteduh dapat Nescafe tin percuma, orang ramai puji lelaki pemurah ini.

Baru-baru ini salah seorang penunggang motosikal berteduh di stesen minyak Petronas Lebuhraya SILK berkongsi pengalaman beliau bertemu dengan seorang lelaki yang pemurah.

Menerusi video yang dikongsikan melalui TikTok @zaimfq, ada seorang lelaki berjalan serata stesen minyak dengan raga penuh air kopi tin. Dia memberikan satu tin air kopi kepada mana-mana penunggang motosikal yang duduk berteduh daripada hujan di stesen minyak tersebut.

Video itu telah mendapat ratusan komen daripada orang ramai yang mendoakan kebaikkan atas sikap pemurah yang ditunjukkan oleh lelaki berbaju putih itu.

Walaupun nampak kecil, namun terpancar senyuman pada setiap penerima air tin itu. Apatahlah lagi pada rupa ‘abang air kopi tin’ tersebut.

Netizen juga mengucapkan terima kasih kepada ‘abang air kopi tin’ itu kerana memberikan idea mudah untuk berbuat baik kepada orang lain.

Apa yang penting kata netizen; “Bukan kecil atau besar nilai pemberian, tetapi kesanggupan untuk belanja orang lain”.

Baca:

Aksi Sophia terima rawatan kiropratik tarik perhatian, ramai tinggalkan komen nakal

Bapa pelakon cantik ini maut sakit jantung, Anna Jobling masih di Bali terikat habiskan kerja

Netizen dedah restoran muslim jual menu claypot guna bahan tak halal, siap best seller lagi