Tular satu rakaman video oleh seorang pendaki Gunung Marapi di Sumatera Barat, Indonesia yang difahamkan sempat dihantar kepada keluarganya.
Wajah wanita berkenaan penuh debu dan dia dilihat sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam kejadian letusan gunung berapi itu pada petang, 3 Disember.
Setakat 4 Disember, anggota penyelamat Indonesia telah menemui mayat 11 pendaki manakala tiga pendaki ditemui masih hidup.
Seramai 12 pendaki lagi masih hilang di kawasan gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatera itu.
Letupan itu mengakibatkan hujan abu melitupi daerah Agam di Sumatera Barat dan pihak berkuasa menasihati orang ramai memakai pelitup muka.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) melaporkan, letusan pada jam 2.54 petang waktu tempatan itu memuntahkan abu hingga bertebaran sejauh tiga kilometer (km) dari kawah puncak, diiringi bunyi gemuruh.
Peningkatan aktiviti gunung berapi di gunung setinggi 2,891 meter itu telah berterusan sejak awal tahun ini dengan status amaran ditetapkan pada tahap dua.
Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan menasihati orang ramai supaya memakai pelitup muka ketika keluar rumah, dan membersihkan bekalan air serta bumbung daripada abu gunung berapi bagi mengelakkan ia runtuh.
Gunung Marapi direkodkan meletus pada 8 September 1830 dan sekali lagi pada 30 April 1979 yang menyebabkan sekurang-kurang 60 kematian.
Ia turut menunjukkan peningkatan aktiviti dari akhir 2011 hingga awal 2014 sebelum meletus pada 26 Februari 2014.
@lintas_newsSebuah video viral di media sosial merekam keadaan pendaki yang diduga masih terjebak di puncak Gunung Merapi Singgalang yang meletus hari ini Minggu (3/12). Tampak dalam salah satu video memperlihatkan beberapa pendaki yang masih berada di puncak . Terlihat jelas lokasi tersebut begitu dekat dengan letusan gunung. Sementara video lain menunjukkan seorang perempuan dengan nafas tersengal engah meminta bantuan. Tampak perempuan tersebut wajah hingga rambutnya tertutupi abu vulkanik.♬ Musik Sedih – Nopa Sobarna
Baca:
Lampu kelip-kelip macam Hari Raya, baju Nana imbas nostalgia gaya Ramlah Ram
Geran RM20,000 untuk anak muda, tanam padi 5 musim antara inisiatif setahun menteri KPKM