Seorang pemuda Palestin yang fasih berbahasa Indonesia, Abuy Zyad masih belum bersiaran di TikTok selepas mesej terakhirnya pada 14 Oktober.
Sebelum ini, dia sempat berkongsikan keadaan penduduk Palestin dalam ‘penjara’ terbesar di dunia iaitu Gaza yang diganasi tentera Israel termasuk detik bom meletup depan mata.
Menerusi hantaran terakhir Abuy Zyad di TikTok semalam, seolah-olah memberi gambaran keadaan lebih buruk bakal berlaku.
“Saya sudah habis solusi. Capaian Internet sebentar lagi hilang. Israel putuskan internet kerana mahu membuat yang lebih buruk agar orang tidak tahu.
“Kemungkinan lebih 1.2 juta orang akan meninggal dunia. Terima kasih banyak semua. Mohon doakan dan maafkan,” katanya.
Abuy malah memberitahu beliau mungkin sudah meninggal dunia sekiranya tiada kemas kini daripada beliau selepas ini.
“Kalau saya tidak ada kemas kini apa-apa, mungkin kita berjumpa di al-Aqsa atau di syurga,”
katanya lagi.
Jutaan penonton menatap klip videonya yang mungkin adalah yang kali terakhir daripada beliau di tengah-tengah malapetaka kemanusiaan dahsyat di Semenanjung Gaza.
Rata-rata netizen menyuarakan rasa bimbang akan keselamatan dirinya dan masih menunggu sebarang kemas kini daripada Abuy Zyad.
Konflik Palestin-Israel sejak 7 Oktober lalu menyaksikan seramai 2.2 juta penduduk Gaza dikepung dengan semua bekalan disekat Zionis.
@mohammed.shurafa Allah masih kasih saya kesimpatan untuk hidup #indonesia #fyp #explore ♬ suara asli – Abuy Zyad
Banyak bangunan kediaman dan pejabat syarikat telekomunikasi serta bangunan fakulti Universiti Islam Gaza rosak dibedil bertubi-tubi oleh tentera Zionis.
Pesawat perang Israel menggila melepaskan bedilan ke atas orang awam ketika penduduk kehabisan makanan, bahan api, bekalan elektrik dan air.
Baca:
Projek penempatan manusia di bulan menjelang 2040, ini kemajuan NASA yang diketahui setakat ini
Lelaki kongsi cerita lihat kera bewarna putih bersama tuan berjubah, beruk berdiri seperti manusia