Selepas viral sewa pawagam untuk kejutan isterinya, Hafiz Mahamad dikatakan buat duit dengan Forex. Sekali ini jawapan sebenar dari tuan badan sendiri
Dikatakan ramai lelaki terutama para suami bengang selepas viral video Hafiz Mahamad buat kejutan kepada isteri dan ibu bapa mertuanya baru-baru ini kerana para wanita mula membandingkan Hafiz dengan suami masing-masing.
Ramai mula mempersoal sumber kekayaan sebenar Hafiz kerana mampu bebrbelanja dengan sangat mewah untuk melayani isterinya sehingga dikatakan terlibat dengan perlaburan forex.
Sebelum ini, seorang pengguna Twitter telah mendakwa pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad terlibat dalam urusan perdagangan iaitu Forex.
Difahamkan, dakwaan tersebut timbul selepas video mengenai kejutan hari jadi untuk isterinya, Syafiqah Aina tular di media sosial.
Tampil menjelaskan, Hafiz berkata dia langsung tidak pernah terlibat dalam urusan perdagangan tersebut.
Demi Allah tak pernah, saya nak tengok kamputer, graf-graf tu semua pun saya pening kepala.
Malah, Hafiz memaklumkan dia tidak mempunyai masa untuk bermain Forex dan segala sumber pendapatan yang dimilikinya adalah hasil daripada perniagaan syarikat kecantikan mereka iaitu Aina Beauty.
Saya tak anggap pun apa yang orang cakap sebagai fitnah, saya anggap itu andaian.
Saya tak ada masa, dari pagi sampai malam saya meeting. Macam saya kata sebelum ini, saya tumpang rezeki isteri.
Jadi, sumber pendapatan saya memang datang daripada perniagaan bersama Aina yang kami usahakan.
Bagaimanapun, Hafiz berkata dia langsung tidak mengambil hati dengan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya.