Realtime website trackingweb stats

Selepas tujuh bulan maut ditembak, tengkorak milik jasad wanita ini dicuri pengamal sihir

Oleh ADINDA

Selepas tujuh bulan maut ditembak, tengkorak milik jasad wanita ini dicuri pengamal sihir. Polis Brazil sedang memburu suspek dipercayai pengamal sihir yang mencuri tengkorak milik jasad wanita mati dibunuh dari kuburnya, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Sabrina Tavares de Almeida, 31, meninggal dunia selepas ditembak pada Ogos 2022, namun kuburnya digali semula pada Mac tahun ini.

Seorang pentadbir tanah perkuburan yang terletak di negeri Rio de Janeiro itu segera menghubungi polis selepas kejadian itu, manakala siasatan kini didedahkan kepada umum.

“Kami mendapati penutup konkrit telah dipecahkan. Penutup keranda kayu dalam kubur turut dipecahkan dan tengkorak dikeluarkan,” kata pakar jenayah, Fabio Barbosa Teixeira.

Selepas tujuh bulan maut ditembak, tengkorak milik jasad wanita ini dicuri pengamal sihir. Polis Brazil sedang memburu suspek dipercayai pengamal sihir yang mencuri tengkorak milik jasad wanita mati dibunuh dari kuburnya, lapor akhbar New York Post kelmarin. Sabrina Tavares de Almeida, 31, meninggal dunia selepas ditembak pada Ogos 2022, namun kuburnya digali semula pada Mac tahun ini.

Teixeira percaya insiden itu tidak berkaitan dengan pembunuhan Almeida dan suspek dipercayai merupakan pengamal ilmu hitam kerana terdapat bukti lain ditemui di lokasi kejadian.

“Tengkorak digantikan dengan sebuah mangkuk tembikar yang mengandungi bahan bakar di dalamnya,” jelasnya.

Baca:

Lagi pusat tahfiz dijilat api, nyaris 20 pelajar belasan tahun ini tidak rentung

Berteriak minta tolong dicabul di LRT, ketiadaan polis bantuan cetus tanda tanya

Dah macam patung Barbie, ramai terkejut lihat penampilan penyanyi ini