Realtime website trackingweb stats

Selepas rakam gambar korban keganasan penjajah, giliran jurugambar Palestin ini pula berduka

Oleh AHMAD ISMAIL

Biasanya beliau merakam gambar korban keganasan penjajah sejak 7 Oktober lalu, kini giliran jurugambar Palestin ini pula berduka.

Seorang jurugambar Palestin tidak dapat menahan kesedihan apabila empat anaknya terkorban dalam satu serangan di kem pelarian Al-Maghazi, 5 November.

Tular rakaman video memaparkan beliau menangis ketika membawa jasad anak-anaknya memasuki Hospital Al Quds.

Tiga daripada empat anaknya yang terkorban berusia empat tahun manakala seorang lagi berusia 13 tahun.

Lapor NBC News, Mohammed Alaloul adalah seorang jurugambar yang bertugas untuk perkhidmatan berita yang dikendalikan oleh agensi di Turki.

Semasa tragedi itu, Mohammed Alaloul mengetahui pembunuhan tersebut ketika sedang menatap berita di skrin telefonnya.

“Hari ini saya hilang empat orang anak saya dan hanya tinggal seorang sahaja.

“Saya nak berikan adik perempuan untuk satu-satunya anak perempuan saya yang terkorban. Tetapi saya kehilangan dia hari ini,” katanya ketika ditemubual oleh sebuah media tempatan.

Sementara itu, isteri beliau, Amnah, dan anak bongsunya, Adam, 1, terselamat dalam serangan udara tersebut dan sedang dirawat di Hospital Al-Aqsa kerana berada dalam keadaan kritikal.

Sehingga 6 November, statistik Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan seramai 9,770 mati syahid dan 24,808 cedera.

Sekurang-kurangnya 36 wartawan dan pekerja media juga terkorban sepanjang perang bermula 7 Oktober lalu, mengikut siasatan awal Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ).

Baca:

“Yang penting saya gembira sekarang” – Fyna Jebat cerita hubungan terkini dengan Zainal Abidin

“Saya jumpa boyfriend di situ, kemudian putus” – Ernie Zakri dedah sangkut cinta monyet di kem PLKN

Ketabahan mereka mengagumkan walau dihujani bom bertalu-talu, ini 3 perangai ‘pelik’ orang Palestin