Realtime website trackingweb stats

Selepas pertahan GISB, Betty Banafe ubah pendirian setelah dikritik netizen?

Oleh ABDULLAH HAMID

Sehari selepas memuji Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB), pelakon Betty Banafe kini mengambil pendekatan berhati-hati

Dengan mengakui bahawa proses tabayyun, iaitu mencari kebenaran dan memastikan maklumat yang tepat,

adalah penting sebelum menyebarkan sebarang berita atau membuat kesimpulan.

Betty, yang nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafee, 44, menyatakan bahawa sebagai seorang individu yang bertanggungjawab,

Dia perlu lebih berhati-hati sebelum membuat kenyataan, terutama mengenai isu-isu sensitif seperti kontroversi yang melibatkan GISB.

Selepas pertahan GISB, Betty Banafe ubah pendirian setelah dikritik netizen?

“Maaf GISB, saya perlu mencari kebenaran dengan menghubungi ustaz, ulama, dan cerdik pandai sementara polis menjalankan siasatan,” kata Betty dalam satu video di TikTok, menjelaskan keputusannya untuk mendalami isu tersebut.

“Saya sendiri tidak bersetuju jika berlaku kesalahan dalam organisasi yang perlu diberi perhatian. Tidak mustahil ada ahli GISB yang kehilangan kuasa; organisasi ini besar dan visi mereka tentunya berdasarkan perjuangan dakwah di seluruh dunia,” kata Betty, yang berharap agar siasatan dilakukan dengan telus dan adil.

“Semoga individu yang menyimpang ditahan dan dihukum setimpal dengan kesalahan mereka. Saya sendiri berharap perkara ini menemui penamatnya dan bersabar menunggu siasatan selesai,” ujar Betty lagi.

Namun, Betty tidak dapat mengelak daripada menerima kecaman daripada netizen, yang menganggap pujiannya terhadap GISB sebagai tidak sensitif terhadap nasib ahli-ahli dan kanak-kanak yang didakwa telah dianiaya.

Betty, yang sebelum ini berbangga dengan pencapaian GISB dalam membangunkan ekonomi Islam,

kini mengambil langkah berwaspada dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera, serta mereka yang terlibat dalam kesalahan diberi hukuman yang sewajarnya.

BACA: