Realtime website trackingweb stats

Selepas mengaku pergi kelab malam dan dua kali ikut jantan pulang ke rumah, akhirnya Lola tampil bersuara

Oleh NURAIMAN

Lola minah Ampang akhirnya bersuara selepas pengakuannya pergi ke kelab malam dan dua kali ikut jantan pulang ke rumah dicemuh netizen.

Wanita muda berambut perang itu berkata, video tersebut hanya content (kandungan) untuk tujuan pemasaran sebuah syarikat.

Katanya, dia adalah kakitangan manakala lelaki yang menemubualnya dengan soalan panas adalah pengasas syarikat itu.

Selepas mengaku pergi kelab malam dan dua kali ikut jantan pulang ke rumah, akhirnya Lola tampil bersuara

Oleh sebab itu, dia bersetuju untuk terbabit dalam penghasilan content ‘sampah’ tersebut.

“Saya terpaksa membuat video penjelasan ini sebab saya rasa macam dah terlalu melampau.

“Orang selalu tanya kenapa buat content macam ni?

“Okay, kalau nampak akaun Instagram (IG) saya, awak akan nampak saya bekerja dengan syarikat itu dan yang berdiri di sebelah saya dalam video tular itu adalah pengasas atau bos syarikat itu.

“Saya adalah duta syarikat itu.

“Kenapa saya bersetuju untuk buat content itu kerana ia hanyalah berkontekskan ‘marketing’ (pemasaran) saja.

“Semua adalah rekaan semata-mata, termasuk nama, umur dan lain-lain,” kata Lola.

Penjelasannya menerusi hantaran video di TikTok miliknya itu selepas dua minggu tular video Lola ditemu bual seorang lelaki dan mengakui dia mula mengunjungi kelab malam sejak berusia 18 tahun.

Tidak elok

Dalam masa sama, Lola faham matlamat tidak menghalalkan cara apabila video itu menguar-uarkan perkara yang tidak elok.

Namun, Lola meminta netizen faham penghasilan video itu sekadar content pemasaran yang sudah dirancang.

“Yang isu balik dengan dua lelaki itu, saya tidak pernah berbuat demikian. Yang mana mengenali saya, tahu saya macam mana.

“Kebanyakan masa saya keluar dengan kawan-kawan perempuan,” ujarnya.

Enggan memanjangkan lagi isu tersebut, Lola mengambil keputusan untuk memaafkan orang ramai yang melemparkan kecaman terhadapnya.

“Tapi andai kata masih ada yang berbuat demikian walaupun video penjelasan ini sudah dibuat, demi Allah saya cakap, dekat padang (mahsyar) nanti awak cari saya sampai dapat,” katanya.

Menerusi rakaman video tular itu, Lola turut berkongsi pengalamannya yang sudah dua kali mengikuti lelaki yang baru dikenali pulang ke rumah.

Pendedahan keji itu mengundang kutukan orang ramai dengan rata-rata netizen menyifatkan kandungan tersebut melampau dan sampah kerana mengaibkan diri.

@sitinurteemah♬ original sound – siti nur timah. – teemah.

Baca:

20 ‘checklist’ untuk beribadah dalam bulan Ramadan, ini dari Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Pasang CCTV cepat denda siapa yang buang sampah, keadaan teruk Sungai Klang tak patut dibiar

Tak perlu minyak! Proses masak ikan singgang tidak renyah jika ikut cara ini