Realtime website trackingweb stats

Selepas ‘berbakul’ JPJ dikecam sebab sita motor penunggang p-hailing, akhirnya Shahrul cerita perkara sebenar, banyak komen tak betul

Oleh AHMAD ISMAIL

Selepas ‘berbakul’ JPJ dikecam sebab sita motor penunggang p-hailing, akhirnya Shahrul cerita perkara sebenar, banyak komen tak betul

Kisah Muhammad Shahrul Shah, 26, mendapat perhatian selepas viral gambar dan video dia berjalan sambil membawa beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita oleh pihak berkuasa di sekatan jalan raya.

Beliau dikatakan mengaku dengan kesalahan tersebut dan menganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Video berdurasi 17 saat itu menarik simpati netizen dengan segelintir pihak mengecam pihak berkuasa sebagai tidak bertimbang rasa terhadap kesalahan lelaki itu.

Berkongsi kisah sebenar, Muhammad Shahrul Shah yang berasal dari Sungai Pelek, di sini berkata, motosikal yang ditungganginya ditahan oleh pihak berkuasa dan kemudian disita dalam operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Ketika itu, ada operasi sekatan jalan raya dan sememangnya salah beliau kerana cukai jalan motosikalnya sudah tamat tempoh dan tiada insurans.

Oleh itu beliau akur, tak melawan malah beri kerjasama dengan menyerahkan kunci serta motosikal kepada pihak berkuasa untuk disita.

Selepas motosikalnya disita, Muhammad Shahrul Shah terus berjalan kerana sudah meminta bantuan seorang rakan mengambilnya di satu tempat.

Beliau mengakui ada terbaca juga komen netizen, ada yang mendakwa beliau berjalan sejauh empat kilometer (km) tanpa arah.

Semua dakwaan tersebut tidak benar kerana beliau tidak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian beliau dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.

Muhammad Shahrul Shah berkata, dia tidak sangka kisahnya itu akan tular sehingga mendapat perhatian ramai. Lebih membuatkan bapa dua anak itu terharu apabila pempengaruh, Aisar Khaledd sudi membelikan motosikal baru buatnya sebagai ganti.

Beliau bersyukur menganggap pemberian itu sebagai rezeki dan terima seadanya walaupun ikutkan, beliau boleh meminjam kenderaan ahli keluarga buat sementara waktu.

Menurut Muhammad Shahrul Shah, ujian itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki sebagai penunggang p-hailing.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan cukai jalan motosikal ditunggang Muhammad Shahrul Shah didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

Menurutnya, tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

Katanya, sitaan dijalankan ketika Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai yang bertujuan mengesan kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya.

Sepanjang penguatkuasaan itu, pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan.

Baca:

Puteri yang boleh berhubung dengan malaikat bakal kahwin dengan ‘pawang besar’

Bahana ‘Daniel’ membadai di Libya, 10,000 hilang ‘ditelan’ tsunami, bandar hanyut ke laut

Dapat payung emas hidup bermadu, rupanya tiada sepotong ayat al-Quran pun tentang ganjaran itu