Heboh di media sosial gara-gara perkongsian foto Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Bella Astillah yang telah 11 kali dicurangi oleh suaminya, Aliff Aziz.
Ramai berseloroh dengan menganggap Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu ada jodoh dengan pelakon berusia 30 tahun itu.
Warganet berpendapat Syed Saddiq, 32, boleh jadi ayah segera kepada dua anak Bella.
Walau bagaimanapun, ada mengingatkan bahawa hal itu mungkin lambat lagi memandangkan Aliff Aziz enggan melafazkan cerai terhadap isterinya seperti berlaku pada 4 April lalu.
Reaksi yang menyarankan Syed Saddiq agar berkahwin dengan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella itu susulan perkongsian foto oleh Syed Saddiq sendiri di Facebook.
Ada juga mengusik Syed Saddiq boleh bernikah dengan Bella selepas iddah nanti tetapi dengan ‘syarat’ tidak pecahkan rekod 11 kali curang.
“Terus kuat Bella, kesabaran akan membawa ketenangan.
“Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” tulis Saddiq dalam hantaran itu.
Sejak bulan lalu, Bella dan Aliff jadi tumpuan gara-gara Aliff ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon cantik, Ruhainies.
Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Namun, Aliff enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai di hadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu.
Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Baca:
Sekali Iran serang, Israel mula gelabah, dedah jumlah kerugian cecah bilion ringgit
“Warning: Owner Sudah Punya Isteri” – Sakan isteri ini tampal pelekat amaran kepada penyondol
Lagu kena buka kuat-kuat di speaker bila pakcik makcik ‘bawang’ datang raya