Realtime website trackingweb stats

Selamba pasang siren sambil menyelit, sikap pemandu biadab ini mengundang buruan polis

Oleh FATIN AQILAH

Seorang pemandu biadab dan membahayakan pengguna jalan raya lain selamba memasang siren sambil menyelit di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan, pada 2 Oktober lalu.

Rakaman video berdurasi 48 saat menunjukkan aksi kereta itu dipandu melulu yang tular di media sosial.

Aksi ‘gila’ pemandu Proton Saga itu dihujani kecaman warganet termasuk dianggap cuba untuk ‘scam’ walaupun realitinya mana ada polis guna Saga.

Susulan itu, polis sedang memburu pemandu terbabit mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan pemandu itu dan kertas siasatan dibuka.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak lebih daripada RM15,000,” tambahnya.

Baca:

Orang ramai kagum lelaki ini mampu tundukkan ular tedung, ada mengaku baru tahu doa Nabi Sulaiman berkesan

Rezeki guna mesin gedegang, wanita ini bersyukur raih lebih RM2,000 hasil jual Menu Rahmah

Datang lewat sejam tapi mengeluh barang habis dan saiz ayam kecil, perangai macam ini pun ada