Realtime website trackingweb stats

Selama ni asyik kecut, rupanya ada rahsia masak sotong supaya nampak besar dan segar

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Pernahkah ibu-ibu anda meminta tolong untuk memasak makan tengah hari untuk satu keluarga dan menu pada hari itu ialah sotong goreng kunyit?

Sotong yang dibeli oleh ibu anda semuanya besar-besar, dan segar.

Kemudian, anda pun memotong sotong tersebut dan memasukkannya ke dalam kuali yang telah disediakan dengan bahan-bahan tumisan.

Selama ni asyik kecut, rupanya ada rahsia masak sotong supaya nampak besar dan segar

Sementara menunggu sotong masak, anda boleh melakukan tugas-tugas lain.

Sepuluh minit kemudian, anda mengangkat sotong yang telah masak dan menyusunnya di dalam pinggan.

Korang mungkin terperanjat sebab sotong besar tadi tiba-tiba menjadi kecil seperti sekecil bilis.

Pernahkah anda mengalami perkara sebegini?

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara memasak sotong agar tidak menyusut.

Anda perlu menyediakan bahan-bahan seperti berikut:

  • Sotong segar
  • Asam Keping
  • Air

Cara-caranya:

1. Letakkan sotong ke dalam periuk.

2. Tuangkan sedikit air ke dalam periuk.

3. Masukkan asam keping ke dalam periuk yang berisi sotong dan air yang direbus.

4. Sotong yang telah dimasak boleh diangkat dan digunakan dalam pelbagai jenis hidangan.

Sekarang, tidak ada lagi masalah sotong mengecut ketika dimasak.

Anda boleh menikmati makan sotong sepuasnya!

Baca:

“Guna kain kotor bersihkan …” – Bekas pekerja dedah perangai pengotor segelintir pekerja hotel kemas bilik

Guna 3 bahan dapur ini saja, papan pemotong macam beli baru

Tak perlu lagi ke restoran mewah, senang rupanya nak buat ayam ala Kenny Rogers