Sedu boleh buat anda masuk ICU, risiko sebenar sedu ramai tak tahu. Bunyi “sedu” mungkin kedengaran remeh — sesuatu yang kita semua alami dari semasa ke semasa. Biasanya ia hilang sendiri, kadang-kadang hanya perlukan seteguk air atau tahan nafas beberapa saat.
Namun, tahukah anda bahawa sedu yang berpanjangan sebenarnya boleh menjadi petanda awal kepada strok yang sangat berbahaya?
Baru-baru ini, perkongsian seorang doktor tular apabila beliau mendedahkan kisah benar seorang wanita yang hampir kehilangan nyawa hanya kerana sedu yang dianggap ‘biasa’.
Bermula dengan Sedu Biasa, Berakhir di Wad Kecemasan
Kisahnya bermula apabila seorang wanita sedang memulakan hari kerja seperti biasa. Beliau duduk di mejanya dan tiba-tiba mula sedu. Walaupun agak malas untuk bangun, beliau akhirnya berjalan ke mesin air dan minum. Mujur, sedunya berhenti.
Tapi, tidak lama selepas itu — 30 minit kemudian, sedunya kembali. Kali ini beliau cuba kaedah tradisional; menahan nafas. Sedu pun hilang lagi.
Namun, sepanjang hari itu dan keesokan harinya, sedu tersebut muncul semula berulang kali.
BACA JUGA :
Wanita tersedar lepas diserang strok, tiba-tiba cakap macam cina
Elak kena serangan strok, ini patut anda buat bila doktor kata tahap kolesterol sudah tinggi
Ingatkan kanak-kanak sahaja perlu ambil ubat cacing, rupanya orang dewasa pun kena!