Realtime website trackingweb stats

Sedang berusaha ke arah lebih baik, Norreen Iman kini lebih sopan dengan imej baru

Oleh SHAZLIN AZIZ

Selebriti yang popular, Norreen Iman, kini memilih untuk memakai tudung sepenuhnya.

Beliau juga telah memadamkan kebanyakan gambar dan video di Instagram yang menunjukkan auratnya.

Baru-baru ini, Norreen mengakui menerima Direct Message (DM) dan komen dari peminat yang merasakan seolah-olah mereka kehilangan pelakon tersebut.

Sedang berusaha ke arah lebih baik, Norreen Iman kini lebih sopan dengan imej baru

Walau bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa dia masih sama seperti sebelumnya.

Yang berubah hanyalah penampilannya sahaja.

Pada masa yang sama, dia berharap untuk mengurangkan percakapan dan bahasa yang kurang sopan untuk menyesuaikan perubahannya ke arah yang lebih baik.

“Siapa yang tak nak berubah jadi insan yang lebih baik untuk masa hadapan? Apa yang aku kena buat sekarang, aku kena kurangkan cara percakapan aku.”

Pelakon tersebut berkata lagi bahawa dia pernah salah sangka apabila berjaya mengurangkan berat badan.

Norreen menganggap bahawa selepas menjadi kurus, dia perlu menonjolkan bentuk badannya dan kelihatan seksi untuk membuatkan orang lain yakin.

“Aku yang menggelabah. Aku rasa ini reward untuk diri aku, aku boleh pakai apa aku suka, pakai baju dah tak perlu tengok yang plus size sangat. Aku rasa seronok.”

“Tapi, ya aku silap. Sebenarnya tak perlu pun aku nak tunjuk beriya bagai, nak tunjuk perut tunjuk bo*bies.”

Walaupun sukar untuk meninggalkan cara percakapan lama, Norreen berkata dia sedang berusaha yang terbaik.

Kita semua mendoakan agar Norreen terus istiqamah di jalan yang benar. Amin!

Baca:

Bercuti pada hari bekerja, biar betul? Ikut cara ini, mudahkan perjalanan anda

Lautan manusia kerumun TRX demi David Beckham, disambut dengan sorakan meriah

‘Patut letaklah sirap, susu, kacang, cendol’ – Sanggup makan salji demi content