Realtime website trackingweb stats

Sebulan dibedil pengganas, ini 3 ungkapan kerap diucap penduduk di bumi para Nabi

Oleh SHAZLIN AZIZ

Sudah lebih sebulan penduduk di Palestin yang digelar bumi para Nabi dibedil pengganas Zionis Israel namun 3 ungkapan ini tetap tak lekang dari bibir mereka.

Seorang pemuda Gaza berkongsikan ucapan-ucapan rakyat Palestin yang boleh didengar masyarakat dunia melalui laporan berita mengenai genosid paling dahsyat ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan perkembangan setakat 6 November yang bermakna sudah 31 hari berlakunya keganasan Zionis Israel.

Menurutnya, pembunuhan beramai-ramai bangsa Arab di wilayah terkepung di Gaza, Palestin oleh Zionis Israel telah mengorbankan lebih 10,000 orang.

Dalam masa sama, kira-kira 2,000 mangsa berada di bawah runtuhan bangunan yang dibom manakala lebih 25,000 lagi cedera.

Keadaan di Gaza yang sebelum ini pun digelar penjara terbuka terbesar di dunia semakin meruncing apabila tiada bekalan elektrik, bekalan makanan, air dan bahan api.

Kata lelaki Palestin itu lagi, pada masa ini pula pihak rejim memutuskan segala akses komunikasi dan internet ketika pengeboman bertalu-talu menghujani rakyat Palestin.

“Namun, Allah Maha Besar mengatasi mereka… InsyaAllah, kami akan membawakan siaran langsung dari Gaza,” ujarnya yang kelihatan keletihan dan kehausan.

Berikut 3 ungkapan yang kerap disebut rakyat Palestin yang telah dan sedang dizalimi pengganas nombor wahid di dunia ini, Zionis Israel:

1. Alhamdulillah

“Ada yang meninggal dunia dibedil tentera rejim Zionis pun orang Palestin ucapkan Alhamdulillah.

“Rumah kena bom tetap cakap Alhamdulillah yang bermaksud “segala puji bagi Allah” atau “terima kasih Allah”.

“Sebagai Muslim, kami percaya apa sahaja berlaku kepada kami adalah terbaik daripada Allah walaupun bagi manusia adalah sebaliknya.

“Hidup ini adalah ujian. Semuanya hanya sementara menuju kehidupan di akhirat yang kekal abadi.”

2. Allahuakbar

“Allah Maha Besar. Allah mengatasi segala-galanya. Apabila kamu bersama Yang Maha Berkuasa, siapa yang akan mampu menandingimu?”

3. La Ilaha Illallah

“Tidak ada Tuhan melainkan Allah.

“Kekal kuat. Teruskan berdoa. Teruskan usaha apa yang anda sedang lakukan. Suarakan pendirian anda sama ada melalui demonstrasi, sumbangan tunai, bercakap, bertindak.

“Tolong suarakan apa saja yang boleh. Tolong lakukan apa saja yang anda mampu buat. Kami lihat anda. Kami dengar anda.

“Terima kasih. Bebaskan Palestin. Bebaskan seluruh dunia daripada rejim penindas.”

Baca:

“Biasalah bila dah tak ada baru nak kata kehilangan satu bintang, waktu masih hidup tiada siapa pun hargai” – Jalil Hamid luah kecewa

“Mahkamah tak bongok” – Aliff Syukri bagi jawapan padu kepada Azwan Ali

Waspada cuaca ekstrem musim monsun bermula 11 November, ini 10 fakta wajib penduduk di kawasan berisiko tahu