Keindahan pemandangan alam semula jadi di Sabah benar-benar menakjubkan! Negeri di bawah bayu ini mempunyai kecantikan semula jadi yang begitu menarik dan pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Kecantikan Sabah telah memukau Dato’ Sri Vida, sehingga dia memutuskan untuk melabur dan membina resort di sebuah pulau di Semporna.
Beliau, yang merupakan seorang usahawan kosmetik terkenal, turut terpesona dengan keindahan pemandangan alam semula jadi Kundasang ketika berkunjung, di mana udara segar dan Gunung Kinabalu yang megah berdiri tinggi sebagai gunung tertinggi di Malaysia dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Katanya, selain itu, beliau juga pergi ke pulau-pulau yang menarik di daerah Semporna, berehat di tepi pantai yang cantik sambil menikmati pemandangan air laut yang sangat jernih seperti mutiara. Lokasi ini digambarkan sebagai ‘syurga dunia’ oleh DSV.
Dato’ Sri Vida atau Hasmiza Othman, 52, dengan penuh semangat mendedahkan bahawa beliau sebenarnya telah melabur untuk membangunkan sebuah pusat peranginan (resort) di sebuah pulau yang terletak di daerah Semporna.
DSV memberitahu kepada Sabah Media di Kundasang, Ranau pada hari Selasa (14 Nov).
Beliau menyambut baik kedatangan pelawat dari dalam dan luar negara untuk menjelajah destinasi menarik di negeri ini secara langsung.
“Orang Semenanjung atau di mana sahaja berada wajib datang ke Sabah sebelum mati, itulah yang saya dapat katakan the best, the best ever dia punya lokasi, saya rasa dalam beberapa bulan ini, dah berapa kali saya datang terutamanya ke Semporna, jadi Kundasang pun saya rasa ada ‘magic’ dia tersendiri, seperti ada sesuatu panggilan untuk saya datang dan datang lagi.
“Justeru, setiap kali datang ke sini ada satu tenaga positif yang saya rasa untuk kita bawa balik ke tempat kita. Kerja, kerja, kerja buangkan segala tenaga negatif dan bawa balik semua positif,” kongsinya.
Menurut DSV, kali ini dia ke Sabah untuk menghadiri beberapa program dan juga mengambil peluang membawa keluarganya untuk melancong di sini.
“Sebenarnya saya singgah dua malam di Kundasang untuk saya ‘healing’ di kaki Gunung Kinabalu dan alhamdulillah walaupun hujan dapat juga tengok Gunung Kinabalu dan saya harap hari ini dapat tengok dengan jelasnya sunset (matahari terbenam) saya memang ‘sunset lover’ dan nak tengok sunset di sini dari pelbagai sudut.
“Saya sebenarnya ada kerja di Semporna dan Kota Kinabalu, namun saya kena singgah di Kundasang walaupun satu malam untuk mendapatkan tenaga positif itu untuk kita bawa ke tempat kerja kita,” ujarnya.
DSV masih lagi di Kota Kinabalu selama seminggu untuk menghadiri Program Neon Run yang sedang berlangsung. Beliau turut menjadi penaja dan memperkenalkan produk kesihatan Pamoga dalam program tersebut.
“Selain itu, saya juga ada banyak acara di sini seperti menerima undangan ke pameran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) untuk memeriahkan lagi program mereka dan justeru itu, saya akan kerap datang ke Sabah, dan yang paling penting saya akan ada resort di Semporna… begitulah ceritanya, esok saya akan naik bot daripada Tawau kerana saya dah ada bot, saya dah labur untuk lawatan saya ke sebuah pulau, saya guna bot sendiri untuk lawatan itu, saya sudah membeli sebuah bot besar.
“In shaa Allah kita akan pacak tiang lusa (Khamis), resort yang saya akan bina terletak di lokasi yang amat eksklusif, airnya sangat jernih, tak campur dengan orang… subhannallah ini heaven (syurga) betul kerana airnya tak masin itu yang sangat unik serta ada batu karang yang berwarna warni dan bercahaya.
“Saya tak sabar, lusa saya nak pergi, esok petang saya nak ambil bot daripada Tawau ke Semporna lepas tu lawat pulau sekejap, singgah dan nak dapatkan mood Regatta Lepa..all in one (semua dalam satu) kehadiran saya kali ini, jadi kamu kena pergi ke Regatta Lepa dan lawatan ke pulau, pegi Kundasang dan kena stay satu atau dua malam ke sini,” katanya yang turut memberikan gambaran mengenai lawatannya ke Sabah tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata tetapi menggalakkan orang ramai untuk datang dan merasai pengalaman mereka sendiri.
Regatta Lepa ke-28 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 November 2023 di Dataran Regatta Lepa, Semporna.
Ini merupakan satu acara budaya yang diraikan oleh komuniti kaum Bajau setiap tahun di Semporna.
Untuk tahun ini, acara tersebut akan diuruskan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bersama-sama dengan Lembaga Pelancongan Sabah dan Pejabat Daerah Semporna.
Baca:
Siapa kenal Siti Mariah, suruh dia balik, ibunya dah 8 tahun menanggung rindu
‘Nasib kau lah Wahab’ – Sampai Mami Mas Idayu pun pandai troll nama ‘Wahab’
Konsert Coldplay: “Jangan nak batal macam tu je, semua melibatkan duit”- Ramli MS