Realtime website trackingweb stats

Sayu hati bapa lihat anak mundar-mandir sendirian tanpa kawan dari sekolah lama

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Baru sahaja mula tahun baru persekolahan, tetapi media sosial sudah penuh dengan pelbagai aksi menarik yang dilakukan oleh pelajar sekolah.

Satu video seorang budak lelaki yang berjalan seorang diri pada hari pertama sekolah telah menarik perhatian ramai di dalam media sosial.

Tambah pula, kapsyen pada video tersebut yang dimuat naik pada Ahad lepas mengatakan bahawa budak tersebut tidak mempunyai kawan yang sama-sama belajar dengan dia semasa di tadika.

Sayu hati bapa lihat anak mundar-mandir sendirian tanpa kawan dari sekolah lama

“Sayu hati papa… di sekolah baru yang tidak ada kawan-kawan daripada tadika dulu. Pelan-pelan cari,” tulis pemilik akaun yang menggunakan nama Shawn Said.

Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai, di mana kebanyakan dari mereka turut menyatakan perasaan sedih dan sayu.

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka dan memberikan kata-kata semangat kepada kanak-kanak yang terlibat.

“Esok lusa dia jadi ketua geng… percayalah.

“Saya sampai sekarang tak ramai kawan bang, sebab saya jenis pendiam.

“Adik ni macam saya, daripada sekolah sampai kerja dan dah berkahwin tetap tak ada kawan… sendirian je ke mana-mana pun termasuk ke Mekah.

“Anak saya juga macam ni… jangan paksa dia mencari kawan tapi yakinkan dia supaya dia boleh buat apapun walau tanpa kawan. Apa yang penting dia suka untuk ke sekolah dan sentiasa semangat untuk belajar,” ujar beberapa warga maya memberi perangsang.

“Uwais pernah minta nak bersekolah sekali dengan rakan-rakan tadika dan kawan-kawan di kampung” – MD FISOL SAID

Berkongi pengalaman kepada mStar, Shawn Said atau MD Fisol Said mengatakan bahawa anak mereka, Uwais Rifqi, terlihat kesepian pada hari pertama sekolah kerana dia bersekolah di tempat yang berbeza daripada saudaranya yang sebelumnya.

“Saya berpindah rumah selepas kediaman impian siap dibina baru-baru ini.

“Dahulu saya duduk di kawasan taman… kampung halaman pun dekat sebab terletak di belakang taman perumahan tu je.

“Jadi Uwais ramai kawan di kampung mahupun tadika sebelum berpindah,” ujarnya yang berasal dari Sungai Petani di Kedah.

Walaupun tinggal di tempat yang sama, tetapi anak sulungnya perlu mendaftar di Tahun 1 di sekolah dekat rumah baru.

Oleh sebab itu, Uwais yang baru berumur tujuh tahun tidak ada kawan di sekolah berbanding dengan murid lain.

Menurut ayahnya yang berumur 39 tahun, keadaan ini menyebabkan anaknya yang selalu ceria menjadi kurang bersemangat.

Dia berasa sedih melihat keadaan itu, jadi dia yang bekerja sendiri cuba membawa anaknya pulang ke kampung halaman setiap petang untuk berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan.

“Sebelum daftar lagi Uwais pernah minta nak bersekolah sekali dengan rakan-rakan tadika dan kawan-kawan di kampung… tapi jauh pula saya nak ulang alik hantar dia.

“Tapi setiap petang saya akan balik ke kampung, jadi dia dapat bermain dengan rakan di sana,” ujar bapa kepada dua cahaya mata ini lagi.

Walaupun risau tentang keadaan anaknya, Shawn yakin bahawa sikap ceria anaknya akan kembali selepas dia berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru.

Shawn juga mengatakan bahawa Uwais adalah seorang yang peramah dan senang bergaul.

Baca:

Menu bazar yang selalu ‘scam’ pembeli! Teliti dulu sebelum beli, jangan main ‘bantai’ je

Kombinasi rasa lemak & manis yang padu, ini cara senang buat jagung ‘cup’ ala pasar malam

Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah