Realtime website trackingweb stats

Saya terima seadanya, saya tak boleh bezakan diri saya dengan orang lain” – Syed Saddiq sebak diputus bersalah

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersetuju dan menghormati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau dihukum bersalah atas empat tuduhan pecah amanah, dengan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan, dan denda RM10 juta.

Syed juga menyatakan, dia menerima sebarang kritikan dengan hati yang terbuka, memandangkan keputusan tidak memihak kepadanya.

“Saya perlu terima kritikan dengan hati yang terbuka, sama saja seperti saya perlu terima keputusan Mahkamah Tinggi dan Hakim hari ini.”

“Saya tidak boleh membezakan diri saya dengan mana-mana rakyat yang lain yang turut diadili di dalam mahkamah.”

Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan hukuman ke atas Syed ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

“Saya perlu rayu ke peringkat Mahkamah Rayuan. Saya terima seadanya, sebab itu saya perlu menghormati keputusan tersebut.”

“Saya tak takut, BERANI KERANA BENAR…” – Syed Saddiq

Syed juga memuat naik satu kenyataan di aplikasi X, menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti dan akan terus bersuara demi kebenaran.

Baca:

Bagi yang nak mula berlari, boleh ikut panduan ini, Tengku Zafrul pun amal latihan interval

Buah jadi lambang tanah air, ini 5 fakta mengapa tembikai jadi simbol perjuangan Palestin

“Saya fikir tentang mati, hati memberontak, saya nak berhenti muncul di khalayak”- Diana Amir