Seorang remaja tidak menyimpan rasa dendam kerana ayahnya secara tidak sengaja simbah asid semasa bertengkar dengan ibunya 14 tahun yang lalu, sehingga menyebabkan wajahnya mengalami kecacatan.
Menurut laporan Sinar Harian, Nurul Dahyatul Fazlinda menyatakan bahawa dia tidak mempunyai perasaan dendam kerana kejadian tidak disengajakan itu terjadi semasa konflik berlaku antara ibu bapanya.
Gadis yang berumur 22 tahun itu menyatakan bahawa wajahnya mengalami kecacatan akibat insiden yang melibatkan ibu dan bapanya.
Kejadian itu berlaku secara tidak sengaja apabila wajahnya terkena percikan cecair yang dipercayai asid.
Lebih menyedihkan lagi, beliau tidak menyedari bahawa bapanya membawa pulang sebungkus plastik yang mengandungi cecair yang telah dicampurkan dengan minyak enjin motosikal.
“Saya tidak pernah pun berdendam dengan ayah. Selepas kejadian itu, mereka bercerai dan kami adik-beradik duduk dengan mak,”kongsinya.
Semasa ditanya tentang insiden yang berlaku, Nurul Dahyatul Fazlina menyatakan bahawa pertengkaran antara ibu dan bapanya berlaku di ruang tamu.
Pada masa itu, dia bersama tiga adik-beradik yang lain berada di dalam bilik tidur.
Walau bagaimanapun, situasi yang tidak diingini berlaku dengan pantas apabila dia dan adiknya, Mohd Irfan, yang berumur 16 tahun, cuba menyelidik keadaan ibu bapa mereka.
Dia menceritakan bahawa dia melihat bapanya memegang sejenis bungkusan plastik yang berisi cecair, dan ibu bapanya sedang cuba merampas bungkusan tersebut.
“Ibu dan ayah cuba berebut bungkusan tersebut sehingga menyebabkan bungkusan plastik itu pecah dan kami terkena percikan cecair yang sebenarnya asid dicampur dengan minyak enjin,” ujarnya.
Berikutan insiden tersebut, beliau mengalami kecederaan serius di wajah dan mata, sementara adiknya dan ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, juga mengalami kecederaan.
“Waktu cuti sekolah dulu memang kami akan balik ke rumah ayah,” katanya ringkas
Dalam pada itu, bapa beliau telah dipenjarakan dan dibebaskan pada tahun 2017.
Anak kedua dari empat beradik tersebut mengumumkan bahawa dia semakin pulih dari segi kesihatan mental dan fizikal, walaupun masih kurang yakin untuk berinteraksi dengan orang lain.
Pada masa ini, beliau sedang menerima rawatan daripada pakar bedah plastik di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
“Rawatan yang saya terima ini melibatkan pengisian lemak di hidung sebanyak empat kali supaya pembedahan plastik di hidung nanti berjalan lancar.
“Saya sukar bernafas sekiranya tengah demam atau selesema yang teruk,” jawabnya ringkas.
Baca:
Netizen bimbang ‘keychain’ wajah anak jadi mangsa ‘pedophiles’, ini apa yang MUA Bellaz buat
Tampil ‘mewah’ di Met Gala, pereka fesyen ambil masa 1905 jam siapkan baju Alia Bhatt