Realtime website trackingweb stats

‘Saya Melayu mestilah rajin, India mestilah pendiam’ – Video parodi stereotaip kaum ini memang kreatif

Oleh ABDULLAH HAMID

Satu video parodi stereotaip kaum dilihat kreatif apabila cuba menterbalikkan naratif bermotifkan etnik yang lazim dalam tanggapan rakyat Malaysia.

Dilakonkan oleh sekumpulan pelajar berbilang keturunan, video itu mengaitkan Melayu dengan sifat malas dan mat rempit.

Sementara itu, sifat-sifat bau kari, bising dan kaki curi dikaitkan dengan kaum India.

'Saya Melayu mestilah rajin, India mestilah pendiam' - Video parodi stereotaip kaum ini memang kreatif

Sebaliknya, Cina pula sinonim dengan tanggapan banyak duit.

Dalam satu babak antara pelajar lelaki Melayu dengan perempuan India, perbualan mereka adalah seperti berikut:

“Saya Melayu mestilah saya rajin.

“Kau tuisyen tak Hazim.

“Malaslah.

Dalam babak lain pula seorang perempuan berkata, “Saya India mestilah bau wangi.

Namun, sejurus selepas itu, berlalu seorang lelaki Melayu sambil berkata, “Apa bau kari ni?”

Video itu diberi kapsyen “dipisahkan oleh bangsa, disatukan oleh sifat racisme”.

Rata-rata mengiyakan wujudnya stereotaip kaum seperti dipaparkan menerusi video paraodi itu.

Malah, ada yang turut berkongsikan detik-detik menggambarkan memang ada bibit-bibit perkauman walaupun tanpa sedar.

“Langgar lari, pemandu mabuk, kiasu, kenapa tak sebut dalam video ni?

“Yang last tu (Melayu janji tepat masa), aku kena sampai sekarang. Aku dah tak percaya cakap on the way tu. Mak aku cakap on the way pun aku tak percaya dah.

“Anak buah aku kecik-kecik dah rasis. Umur 8 tahun. Pergi kedai makan order makan “saya nak nasi goreg Cina, tapi tak nak Cina”. Tergelak akak yang ambik order,” demikian antara coretan warga maya.

Baca:

4 sebab kenapa tidak digalakkan hidup menyewa terlalu lama, no 2 sangat penting

‘Tanpa ejek orang lain, mudahan kelemahan kita tidak dizahirkan’ – Dr Maza nasihat pentingnya kuasai bahasa Arab

Selalu dikelilingi wanita, Hafiz Mahamad ingatkan isteri sentiasa check handphone