Datuk David Teo, seorang pengarah terkenal, mengongsikan bahawa beliau pernah ‘disihir’ oleh ahli keluarganya sendiri, menyebabkan beliau jatuh sakit hampir maut.
Beliau berkongsi bahawa kejadian itu berlaku pada tahun 2018, hanya beberapa hari selepas kematian bapanya.
“Seminggu selepas bapa meninggal dunia saya pulang ke rumah dan mula tidak boleh tidur dan darah tinggi juga naik dengan begitu mendadak.”
“Bayangkan saya pakai baju tebal untuk musim sejuk di tengah terik matahari dan saya tidak rasa panas langsung. Saya juga hilang semangat kerja dan sentiasa fikir mahu mati.”
Lebih mengejutkan lagi, David mengaku dia tiba-tiba suka makan telur separuh masak dan pernah makan 10 biji dalam satu hidangan, serta sering makan nasi sehingga pukul 3 pagi.
Selepas itu, dia dibawa ke perubatan Islam kerana diketahui oleh salah seorang pekerja syarikatnya.
“Ustaz yang merawat kata saya boleh mati jika tidak dirawat dengan segera. Katanya saya disihir dan terkena santau. Lintah dimasukkan ke dalam badan saya untuk buat saya sakit secara perlahan-lahan.”
“Selepas dirawat saya kembali sihat dan menjadi diri saya yang normal. Meskipun saya banyak menerbitkan filem seram dan mistik, inilah adalah pengalaman pertama saya hadapi sihir dan santau.”
Menurut David, dia tidak pernah menjangka bahawa anggota keluarganya sendiri akan melakukan perkara yang tidak baik itu, dan perkara itu membuatkan hubungannya dengan orang itu semakin renggang.
“Saya ingat orang lain rupanya ahli keluarga sendiri. Patutlah semasa sakit, saya bermimpi ukiran kayu. Cuma saya sudah berjanji untuk tidak mempertikaikan lagi perbuatan dia. Hati saya sudah melepaskan apa yang berlaku,” kongsinya lagi.
Baca:
Tular ‘tattoo’ di tangan, ini jawapan Ameera Khan
Irma Hasmie akhirnya buka mulut, perjelas status sebenar dengan Redza