Realtime website trackingweb stats

Satu Malaysia kena tipu, Rossa Serra didakwa ‘caras’ suami orang?

Oleh ADINDA

Tiba-tiba di media sosial, berlaku kecoh dengan khabar angin mengatakan bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Sera, sedang bercinta dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Satu akaun di Instagram anonymous membuat dakwaan dalam beberapa IG Story yang mengatakan Rossa masih berhubung dengan lelaki itu walaupun isterinya sudah memberi amaran untuk tidak berhubung dengannya.

Paling mengejutkan, walaupun telah menghalang tindakan Rossa untuk menghubungi suaminya, Rossa sanggup berhubung dengan lelaki itu melalui aplikasi game.

Satu Malaysia kena tipu, Rossa Serra didakwa ‘caras’ suami orang?

Sebelum ini, Rossa pernah muat naik gambar dia bertunang, tapi itu cuma ‘propa’.

Semalam, ada satu insiden sedih di mana suami orang itu dipercayai memilih untuk berada dengan Rossa di hadapan isteri sah dan anak-anak mereka.

Yang lebih memburukkan keadaan, suami juga menunjukkan mesej dengan Rossa yang dikatakan mencabar dan mengancam dirinya. Kita harap dapat mendengar penjelasan dari pihak Rossa juga.

Untuk rekod, Shuk Sahar dan Rossa berkahwin pada 2015, dan perkahwinan tersebut turut diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aini.

Walaubagaimana pun, perkahwinan itu tidak bertahan lama disebabkan kehadiran orang ketiga. Mereka telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Baca:

Dah lebih 100 tahun tak kena penyakit kronik, ini petua lelaki tua boleh dicontohi

Shalom Avitan mungkin anggota unit pembunuh ‘Kidon’ Mossad, ini 10 fakta kegilaan pengganas itu dahagakan darah

Rupanya 126 sampel makanan di bazar Ramadan KL dicemari kuman, ini 3 ‘strain’ bakteria utama bukti tidak bersih