Realtime website trackingweb stats

Sanggup pacak di mesin ATM awal pagi demi ‘duit raya’

Oleh ADINDA

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai orang sibuk membuat persiapan, termasuk menukar wang baru untuk diberi kepada keluarga dan tetamu.

Tinjauan telah dilakukan di beberapa bank di sekitar Shah Alam mendapati, orang ramai beratur panjang sejak pagi untuk menukar wang.

Ikuti pengalaman seorang pengguna di Facebook iaitu, Nor Alina Hishamuddin, 35 tahun, beratur pada pukul 8.30 pagi dan selesai pada pukul 10.30 pagi.

Sanggup pacak di mesin ATM awal pagi demi 'duit raya'

“Saya datang awal hari ini kerana bimbang kehabisan duit kertas baharu. Kalau hari ini habis, esok saya kena datang dan beratur lagi.”

“Pihak bank meminta pelanggan beratur dan menunggu giliran untuk mendapatkan duit kertas baharu,” menurut beliau ketika ditemui.

Bagi akauntan Wan Nurlisa Bakhtiar, yang berusia 37 tahun, dia mengeluarkan RM500 untuk menukar 100 keping, RM5 untuk memberikannya kepada anak-anak dan anak saudaranya.

“Memang menjadi kelaziman saya akan memberikan duit raya RM5 untuk anak-anak dan anak saudara pada setiap tahun.”

“Hendak beri lebih tak dapat sebab gaji bulan ini sudah diperuntukkan untuk membeli barangan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengawal keselamatan bank yang dikenali sebagai Amir memberitahu bahawa kira-kira 100 orang pelanggan datang untuk menukar wang raya setiap hari.

“Urusan tukaran wang terpaksa dihentikan pada pukul 11 pagi kerana kuotanya penuh.”

“Orang ramai masih berpeluang berbuat demikian pada esok (hari ini) dan Jumaat ini dengan setiap individu dibenarkan menukar wang baharu maksimum RM1 (500 keping), RM5 (500 keping) dan RM10 (100 keping),” katanya.

Baca:

Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat

Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan

Tips naik bas supaya perjalanan jauh lebih selesa, no 3 paling penting