Realtime website trackingweb stats

Sanggup bakar diri sendiri marahkan bahasa Hindi, mujurlah Malaysia awal dah junjung bahasa kebangsaan

Oleh FATIN AQILAH

 

Ketika rakyat Malaysia berbilang kaum awal dah menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, lain pula halnya di India apabila ada yang sanggup bakar diri sendiri kerana bahasa.

Seorang lelaki tua di selatan India mengakhiri nyawanya persis macam biasa dilihat dalam filem Tamil.

Dia dah nekad membakar dirinya sendiri sehingga mati hanya kerana membantah dasar kerajaan negara India mahu mengenakan penggunaan bahasa Hindi di seluruh negara.

Petani di negeri selatan Tamil Nadu, MV Thangavel bertindak menyiram dirinya dengan petrol dan minyak tanah dan membakar dirinya, kata polis.

Lelaki yang memilih untuk menoktahkan hayatnya pada umur 85 tahun itu memegang sepanduk berbahasa Tamil yang berbunyi:

“Kerajaan Modi berhenti mengenakan bahasa Hindi. Mengapa kita perlu memilih bahasa Hindi berbanding Tamil kita yang kaya dengan sastera… ia akan menjejaskan masa depan belia kita.”

Susulan itu, pihak polis tempatan memberitahu bahawa Thangavel telah membunuh diri, lapor agensi berita, AFP.

“Beliau menulis sepanduk menentang kerajaan pusat,” kata pegawai polis yang dikenali sebagai Senthil.

Thangavel melakukan bantahannya di luar sebuah pejabat di Salem, di kawasan parti pemerintah Tamil Nadu, DMK.

Tindakan bunuh diri ahli parti itu berlaku ketika kurang daripada daripada 44 peratus warga India berbahasa Hindi mengikut bancian terbaharu pada 2011.

Sanggup bakar diri sendiri marahkan bahasa Hindi, mujurlah Malaysia awal dah junjung bahasa kebangsaan

Pada Oktober 2022, sekumpulan ahli parlimen yang diketuai oleh menteri dalam negeri yang berkuasa, Amit Shah mencadangkan supaya Hindi dijadikan sebagai bahasa rasmi negara, termasuk untuk pendidikan teknikal seperti perubatan dan kejuruteraan.

Perdana Menteri nasionalis Hindu, Narendra Modi telah bercakap mengenai ‘mentaliti hamba’ di sekitar penggunaan bahasa Inggeris, dan mempromosikan penggunaan bahasa India.

Walau bagaimanapun, pihak lawan menuduh kerajaannya cuba mengenakan bahasa Hindi, sekaligus mencetusakan rasa tidak puas hati rtentu di selatan.

Kebanyakan bahasa India selatan adalah Dravidia, keluarga bahasa yang sama sekali berbeza dengan kumpulan Indo-Eropah yang merangkumi bahasa Hindi.

Baca:

9 aksesori dan gajet kereta paling popular dibeli oleh pengguna, setiap kereta wajib ada

China Kalahkan Amerika Syarikat, NASA Bina Reaktor Nuklear Angkasa 100 Kali Ganda Lebih Kuat

Mayat mangsa bunuh ‘bangun’ buat video call sewaktu sedang dikebumi, habis ahli keluarga terkejut