Realtime website trackingweb stats

“Sampai hari ni saya tak boleh….” Lan Pet Pet kongsi detik terendah dalam hidup

Oleh NURAIMAN

Setiap insan yang bergelar anak seni, tidak semuanya akan hidup dalam keadaan serba mewah, pasti ada kisah pahit dan manis yang pernah dilalui dan menjadi pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan.

Figura yang dikenali sebagai Lan Pet Pet berkongsi kisah duka dan detik terendah dalam hidupnya apabila kediaman di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor dilelong selepas gagal melunaskan tunggakan bulanan kepada pihak bank pada 2020.

Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad berkata, kediamannya itu mempunyai banyak kenangan bersama keluarga namun tetap redha dengan ujian yang menimpanya.

"Sampai hari ni saya tak boleh...." Lan Pet Pet kongsi detik terendah dalam hidup

Malah, dia juga berasa malu untuk memohon bantuan daripada orang lain tetapi menganggap ia mempunyai hikmah tersendiri.

“Sampai hari ini saya tak boleh lupa. Saya terduduk masa rumah kena lelong. Tak mudah melepaskan rumah itu tapi kejadian itu buat semangat saya naik kembali untuk teruskan kehidupan.

“Setiap hari saya berdoa agar Allah berikan saya kesihatan yang baik untuk memudahkan saya mencari rezeki buat keluarga”. Katanya.

Ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakann (PKP) beberapa tahun lepas menyebabkan dia hilang punca pendapatan.

Namun, situasi itu membuatkan dirinya bangkit kembali dengan membuka perniagaan sendiri bagi mencari rezeki buat keluarga.

“Memang penat bekerja tanpa henti namun isteri dan anak – anak menjadi penguat untuk saya terus berusaha menampung perbelanjaan harian keluarga”.

Lan turut bersyukur dengan perniagaan yang diusahakannya iaitu Uncle Lan Burger selain berazam untuk membeli sebuah rumah secara tunai untuk dia sekeluarga.

Untuk rekod, Lan mendirikan rumah tangga dengan Rubihah Abu Bakar @ Che Wan pada 20 Ogos 2008.

Baca:

Kediaman anda mungkin selamat dari ular jika buat 7 perkara ini

‘Baru tahu Melayu dulu ada permainan tabal’ – Penjajah dah lama tulis, kini hanya ada di Lingga

Boleh jadi ‘port’ sarapan, cafe 7 eleven kini tawar pelbagai makanan menarik